Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengalaman 15 Tahun Penuh Cabaran

Diterbitkan: 16 Jun 2015 4.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Selaras dengan perkembangan pesat teknologi, pelbagai bentuk jenayah muncul antaranya jenayah kolar putih yang dilakukan secara terancang tanpa melibatkan kekerasan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengalaman-15-tahun-penuh-cabaran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:15 MYT


Selaras dengan perkembangan pesat teknologi, pelbagai bentuk jenayah muncul antaranya jenayah kolar putih yang dilakukan secara terancang tanpa melibatkan kekerasan.

Untuk menyelesaikan jenayah ini juga bukan sesuatu yang mudah kerana si penyiasat memerlukan pengetahuan, kebijaksanaan dan kepakaran terutama berkaitan teknologi maklumat. Itulah cabaran yang dilalui Asisten Superintenden Wee Bee Seng, 38, ketika mengalas tugas sebagai pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Balai Polis Daerah Sentul dan Wangsa Maju.

Walaupun kini menjawat jawatan Ketua Polis Balai Setapak, pengalaman mencabar di cawangan jenayah komersial tidak akan dilupakan. Beliau mengakui, menjadi pegawai penyiasat jenayah komersial memerlukannya belajar perkara baru kerana corak jenayahnya sentiasa berubah mengikut trend dan perkembangan arus perdana.

Berbeza dengan jabatan jenayah lain katanya, tugasnya di JSJK adalah menjalankan penyiasatan, menangkap dan mendakwa penjenayah yang melakukan penipuan, pecah amanah dan pemalsuan siber sama melibatkan secara berseorangan mahupun berkumpulan atau sindiket.

"Jenayah komersial lebih bersifat global. Ia tidak melibatkan keganasan atau kecederaan fizikal tetapi lebih kepada taktik penipuan secara terancang yang harus ditangani dengan teknik yang bijak dan berkesan.

"Memandangkan jenayah komersial melibatkan kaedah yang pelbagai, jadi bertindak sebagai pegawai penyiasat saya perlu membuat perancangan yang tersusun bagi memastikan kes yang dilaporkan berjaya diselesaikan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sumber : Utusan Malaysia

Pengalaman 15 Tahun Penuh Cabaran
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2015 4.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM