Seorang pengurus syarikat pembinaan kerugian RM10,000 selepas diserang hendap tiga perompak yang menanti mangsa di hadapan rumahnya.
Dalam kejadian jam 2 pagi kelmarin, mangsa berusia 44 tahun itu difahamkan baru saja pulang ke rumahnya di Taman Bukit Segar Jaya, Kajang.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata, mangsa yang memandu kereta Proton Waja dikatakan keluar dari kenderaannya masuk ke rumah.
Menurutnya, tiga suspek tiba-tiba muncui dan menolak mangsa hingga jatuh.
Sumber : Harian Metro