Pencuri Sarang Burung Walit Kena Cekup
Dua lelaki berusia dalam lingkungan 30-an diberkas berhubung kes cubaan pecah dan curi sarang burung dekat Maran semalam.
Tangkapan pertama dilakukan ketika anggota polis membuat rondaan cegah jenayah di kawasan bangunan sarang burung belakang Wisma Dato Wong Chek Cho, kira-kira jam 3.20 petang.
Semasa rondaan seorang lelaki dilihat dalam keadaan mencurigakan di bangunan tersebut dan cuba melarikan diri apabila dihampiri anggota polis.
Walaubagaimanpun, lelaki terbabit berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan menjumpai pelbagai peralatan dipercayai untuk pecah dan curi sarang burung walit.
Penahanan lelaki itu berjaya membawa kepada tangkapan seorang lagi rakan suspek di sebuah rumah yang terletak tidak jauh dari kawasan tersebut dengan kerjasama orang awam.
Sumber: Sinar Harian