Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penculik Terperangkap

Published: 16 Jun 2014 3.47 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Lima penculik termasuk empat lelaki warga Nepal berputih mata apabila mereka diberkas polis sebelum sempat menggadai 10 ketul jongkong emas berharga RM 1.44 juta yang diterima sebagai tebusan satu kes..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penculik-terperangkap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:44 MYT

Penculik Terperangkap

KLANG - Lima penculik termasuk empat lelaki warga Nepal berputih mata apabila mereka diberkas polis sebelum sempat menggadai 10 ketul jongkong emas berharga RM 1.44 juta yang diterima sebagai tebusan satu kes culik.

Sebelum ditahan pada pukul 1 pagi semalam, suspek-suspek yang berusia 30-an itu telah menculik seorang pengarah sebuah syarikat sekuriti yang terletak di belakang sebuah restoran di Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang di sini Isnin lalu. Difahamkan, kesemua suspek diketuai seorang pramugara warga tempatan itu menyamar sebagai polis selain menggunakan alat renjatan elektrik untuk menakutkan mangsa yang berusia 62 tahun sebelum membawa lari lelaki itu menaiki kereta Proton Iswara.

ArticlePublished 16 Jun 2014 3.47 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM