
Polis
berjaya melumpuhkan geng remaja mencuri motosikal yang turut dianggotai
pelajar sekolah dengan penahanan enam suspek berusia 14 hingga 23 tahun
di Flat Selayang Mulia, Batu Caves, di sini.
Mereka
ditahan dalam serbuan berasingan selepas seorang pelajar tingkatan dua
ditahan di rumahnya di Flat Selayang Mulia, Batu Caves di sini, Ahad
lalu. Ketua Polis Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika
serbuan ke flat berkenaan, polis turut merampas sebuah motosikal jenis
Yamaha SS dan hasil soal siasat remaja berkenaan mengaku mencuri
motosikal itu dengan rakannya.