Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pencorak Hala Tuju Negara

Published: 11 Jun 2014 8.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai 30 orang penuntut daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah hadir sempena 'Lawatan Akademik Untuk Kursus Etika Profesional dan Moral'...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pencorak-hala-tuju-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:42 MYT

Bukit Aman, 9 Disember 2011 - Seramai 30 orang penuntut daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah hadir sempena 'Lawatan Akademik Untuk Kursus Etika Profesional dan Moral'. Lawatan hampir dua jam itu diisi dengan sesi taklimat Peranan & Fungsi PDRM oleh Pegawai dari Urus Setia KPN (Perhubungan Awam) Bukit Aman. Lawatan kali pertama ke Ibu Pejabat Bukit Aman ini telah membuka mata dan minda para siswazah Jabatan Sains Kemanusiaan, Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, UMK ini akan perkembangan pembangunan semasa PDRM.

Taklimat dimulakan dengan sejarah awal polis serta pengenalan kepada cawangan-cawangan yang terlibat dalam organisasi PDRM dan tugas-tugas hakiki yang dijalankan oleh anggota polis bagi memupuk minat yang lebih mendalam dalam bidang kepolisan. 
Dalam sesi yang sama juga, pertanyaan mengenai kerjaya PDRM dan juga tindakan pencegahan jenayah/gejala sosial di kalangan remaja turut dikongsi bersama. 

Penuntut ini juga di berikan tips-tips yang berguna apabila berada dalam situasi-situasi jenayah yang mencabar sebagai persediaan bagi mereka apabila berhadapan dengan situasi-situasi terutamanya jenayah-jenayah jalanan. 
Sesi diakhiri dengan demonstrasi ringkas mencegah kejadian ragut.

YDH SAC Dato' Dr. Haji Ab. Rahman B Haji Ismail, Pegawai Tinggi Pengurusan bersama YDH Supt. Norisah bte Abd. Hamid, Superintenden Perhubungan Awam dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia KPN (Perhubungan Awam) telah melapangkan masa untuk bersama-sama dengan para siswazah yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan negara kita.

Selesai lawatan ke Bukit Aman, para siswazah telah mengambil peluang untuk melawat Muzium PDRM yang penuh bersejarah untuk melihat sendiri peristiwa-peristiwa penting lagi menarik dalam PDRM. 

Sepanjang lawatan yang bermakna ini, rombongan siswazah UMK telah mempamerkan disiplin yang tinggi. Mereka terdiri daripada rakan sekuliah yang mendapat bimbingan pensyarah untuk membuat persiapan awal sebelum mereka melaksanakan perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur bersama-sama rakan bagi membuktikan keyakinan, kerjasama serta kemampuan berdikari yang tinggi. Syabas, rombongan UMK. Anda Pencorak Hala Tuju Negara Kita. 

Pencorak Hala Tuju Negara
Antara siswazah yang hadir

Pencorak Hala Tuju Negara
Pencorak Hala Tuju Negara
Sesi taklimat dan juga demonstrasi cara elak kejadian ragut.

Pencorak Hala Tuju Negara
Penyampaian cenderahati kenangan

Pencorak Hala Tuju Negara
Pencorak Hala Tuju Negara
Bergambar kenangan

Lawatan ke Muzium PDRM
Pencorak Hala Tuju Negara
Taklimat ringkas sebelum memulakan lawatan
Pencorak Hala Tuju Negara
Pencorak Hala Tuju Negara
Pencorak Hala Tuju Negara
Pencorak Hala Tuju Negara

Pencorak Hala Tuju Negara
Cenderahati berupa buku nota

Pencorak Hala Tuju Negara
YDH SAC Dato' Dr. Haji Ab. Rahman bin Haji Ismail menandatangani Buku Pelawat

Pencorak Hala Tuju Negara

Ketua rombongan, Mohd Mustaqim bin Mohd Tujudin menandatangani Buku Pelawat


Wartawan : Insp Md Aruwan bin Amilah @ Harun
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo & L/Kpl Aslam Syir Khan bin Fairuz Khan




ArticlePublished 11 Jun 2014 8.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM