Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps

Diterbitkan: 11 Jun 2014 8.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Kelab merupakan satu medium untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat dan mengukuhkan ikatan kemesraan kepada setiap warga PDRM, malahan dengan adanya kelab di setiap formasi ianya dapat membantu me..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/manfaatkan-kelab-bagi-mantapkan-ukhuwah-dan-tingkatkan-espirit-de-corps
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:30 MYT

Kuantan , 9 Dis - "Kelab merupakan satu medium untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat dan mengukuhkan ikatan kemesraan kepada setiap warga PDRM, malahan dengan adanya kelab di setiap formasi ianya dapat membantu meningkatkan espirit de corps sesama kita," ujar YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Penyampaian Amanat Dan Majlis Perasmian Rumah Kelab Kem Bukit Galing Pada Mesyuarat 'Commander's Call' Jabatan KDN/KA di Briged Tenggara, di sini, hari ini.

Sehubungan itu juga, beliau melahirkan rasa bersyukur atas peruntukan sebanyak RM 1 juta yang telah diberikan oleh pihak kerajaan di bawah tajuk 'well being' yang telah dilaksanakan dengan sebaiknya sepertimana yang telah dilakukan oleh Briged Tenggara melibatkan kemudahan-kemudahan tambahan seperti gelanggang sukan dan tempat riadah kepada warga PDRM di sini.

PGA Sebagai Tulang Belakang Pasukan Dalam Mengurangkan Jenayah

YDH Ketua Polis Negara turut melahirkan rasa berbangga atas bantuan anggota-anggota PGA dalam penugasan-penugasan dan operasi di bawah inisiatif NKRA yang telah dapat mengurangkan indeks jenayah di kontinjen-kontinjen 'hot-spot', penugasan lain seperti Ops Wawasan, penugasan memelihara ketenteraman awam, penugasan bantuan bencana dan juga misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Timor Leste pada 2012.

"Saya amat berbangga dan amat menghargai pengorbanan semua pegawai dan anggota PGA yang kadangkala berjauhan dengan keluarga dan menyarankan kebajikan anggota-anggota PGA dan keluarga mereka hendaklah diberi keutamaan sewajarnya dan kewujudan Kelab Kem Galing ini adalah amat bertepatan dengan matlamat dengan mengeratkan hubungan kekeluargaan ini," tambahnya.

Amanat Ketua Polis Negara

Dalam intipati ucapannya hari ini, beliau telah menggariskan beberapa amanat kepada warga Jabatan KDN/KA, antaranya kekerapan mengadakan lawatan berupa lawatan kebajikan atau 'meet to man section' yang harus dipraktikkan selalu bagi memupuk keharmonian dan motivasi anggota-anggota.

Sistem 'command and control' hendaklah diamalkan sepanjang masa dan ketua formasi perlu berinteraksi sesama ahli PERKEP bagi mendapatkan pandangan-pandangan seterusnya berusaha memantapkan lagi peranan PERKEP dari pelbagai aspek dalam meningkatkan imej PDRM.

Seterusnya, peranan Pasukan Gerakan Marin (PGM) yang akan diletakkan di bawah Ketua Polis Negeri di mana struktur penjawatan baharu PGM adalah melalui Ketua Jabatan Ketenteraman Awam sebagai langkah untuk mengekalkan PGM sentiasa relevan di dalam PDRM.

NKRA

'Crime prevention' dan 'crime suppression' hendaklah dijadikan agenda utama bagi tahun 2012 dan usaha-usaha NKRA seperti 'stop and talk', 'meet and greet' dan rondaan perlu dipergiatkan bagi meningkatkan persepsi bahawa persekitaran negara adalah selamat.

Tingkat Tahap Disiplin Diri

Masing-masing haruslah menjaga serta mempertingkatkan disiplin diri, dan semua ini haruslah bermula dari rumah. Begitulah maksud yang disampaikan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapan beliau selepas membuat lawatan di kawasan perumahan pegawai dan anggota Briged Tenggara pada awal pagi ini dan YDH Tan Sri juga berasa bangga serta memuji tahap kebersihan persekitaran dalam Briged Tenggara ini. YDH Tan Sri Ketua Polis Negara juga menyeru agar setiap individu dalam pasukan juga mengamalkan budaya multi-tasking di mana seorang pegawai atau anggota itu haruslah berkebolehan untuk malaksanakan lebih dari satu tugas pada setiap masa.

Turut hadir pada hari ini, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Ghazali bin Md Amin, Setiausaha Polis Diraja Malaysia, YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah I, Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah KDN/KA (Kepolisan/Pencegahan Jenayah), YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah KDN/KA (PGA/Sempadan/LTAB), YDH DCP Dato' Sharifuddin bin Ab Ghani, Ketua Polis Pahang, YDH SAC Dato' Azizan bin Abu Taat, Komander Briged Tenggara PGA, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, wakil-wakil media dan tetamu-tetamu jemputan.



Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps
Ketibaan YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara YDH SAC Dato' Azizan bin Abu Taat, Komander Briged Tenggara PGA.  

Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps
Tarian Silat bagi pembuka majlis.

Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps
Ucaptama oleh YDH SAC Dato' Azizan bin Abu Taat, Komander Briged Tenggara PGA.

Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps
Ucapan serta perasmian oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.
 
Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menyempurakan upacara memotong reben perasmian Rumah Kelab Kem Galing.

Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menandatangani buku pelawat.

Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps
YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Kenteraman Awam (KDN/KA) menandatangani buku pelawat. 

Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara meninjau gambar-gambar yang dipamerkan di ruangan masuk Rumah Kelab Kem Galing.

Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps
Ruangan Dewan Rumah Kelab Kem Galing.

Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps
Pertunjukan pentas Rumah Kelab Kem Galing.

Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara mencuba salah satu kelengkapan gymnasium Rumah Kelab Kem Galing.

Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara memerhatikan ahli gym Rumah Kelab Kem Galing menggunakan salah satu kelengkapan gymnasium.


Upacara Penanaman Pokok Oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar dan isteri, Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md. Sobri
Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps
Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps
Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps

Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps
YDH SAC Dato' Azizan bin Abu Taat, Komander Briged Tenggara PGA menyampaikan cenderamata kepada YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara. 

Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps
YDH SAC Dato' Azizan bin Abu Taat, Komander Briged Tenggara PGA menyampaikan cenderamata kepada YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA. 

Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps
Bergambar kenangan sebelum majlis bersurai.

Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bertemu media sebelum meninggalkan majlis.




Jurufoto   : Konst Raymond
Wartawan  : L/Kpl Irfan


ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 8.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM