Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama

Diterbitkan: 12 Jun 2014 8.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
"Pelbagai program dan strategi seperti 'National Key Result Areas, National Blue Ocean Strategy' telah disusun untuk menangani isu keselamatan rakyat. Fokus kami adalah untuk mengawal dan mengekang je..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pencegahan-jenayah-tanggungjawab-bersama
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:02 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo

PENCEGAHAN JENAYAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Subang Jaya, 1 Nov – "Pelbagai program dan strategi seperti 'National Key Result Areas, National Blue Ocean Strategy' telah disusun untuk menangani isu keselamatan rakyat. Fokus kami adalah untuk mengawal dan mengekang jenayah melalui pencegahan yang berkesan", antara kenyataan YDH CP Dato’ Abd Wira Ayub bin Haji Yaacob, Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Malaysia dalam satu Majlis 'Tea-Talk' anjuran Asian Professional Security Association (APSA), di Holiday Villa Hotel, Subang Jaya, petang tadi.

Asian Professional Security Association (APSA) merupakan sebuah badan 'Non-governmental organization' (NGO) yang turut membantu pihak berkuasa dan kerajaan dalam membendung kejadian jenayah di negara ini.

Menyentuh kes pembunuhan pengawai bank ketika menjalankan tugas dan kes rompakan oleh Pengawal Keselamatan syarikat menjual emas berlaku di Setapak baru-baru ini beliau berkata selaku "industry players" dalam penyediaan struktur keselamatan profesional harus menyediakan pasukan keselamatan yang berkualiti, mempunyai kelayakan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang secukupnya untuk menjaga keselamatan nyawa pekerja serta harta benda yang diamanahkan.

Majlis turut menyediakan satu slot pembentangan topik "bersepadu membudaya nilai pencegahan jenayah menuju kesejahteraan dan kehamonian insan" oleh YDH DCP Dato' Wan Ahmad Najmuddin bin Mohd, Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Malaysia.

Slot selama 40 minit itu menjelaskan tentang strategi pendekatan secara proaktif dan bersepadu bagi mencegah jenayah. Antara strategi itu dengan mendidik serta membudayakan masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam mencegah jenayah serta peranan 'Consultative Role' oleh komuniti, institusi pendidikan, perniagaan, agensi kerajaan dan badan-badan NGO.

"Oleh yang demikian, sekali lagi saya menyeru pihak tuan-tuan dan puan-puan untuk sentiasa berhubung rapat dengan PDRM supaya kita dapat mencegah insiden yang tidak diingini berulang semula. Marilah kita sama-sama hayati perkara ini agar industri keselamatan profesional ini terus dapat prosper dalam negara dengan memberi perkhidmatan kepada syarikat dan orang ramai", tambah YDH CP Dato' Abd Wira Ayub bin Haji Yaacob mengakhiri ucapan perasmian beliau.

Antara yang hadir ialah Y.Bhg Dato' Sri Haji Mustapa bin Haji Ali, Presiden APSA Malaysia Chapter merangkap Setiausaha Agong APSA International, YDH DCP Dato' Abd Rahim Jaafar, Timbalan Ketua Polis Selangor, Y.Bhg Dato' Haji Rahmat Ismail, Emeritus Presiden APSA International merangkap Penasihat APSA Malaysia Chapter, Y.Bhg Datuk Haji Shaheen Mirza Habib, Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Y.Bhg Dato' Pahlawan Haji Ramli, Timbalan Presiden APSA Malaysia Chapter merangkap Timbalan Presiden PPKKM, Pegawai Kanan Polis, Ahli-ahli Jawatankuasa dan Exco APSA serta PPKKM dan Rakan Media.

Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama
Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama
Sekitar Majlis 'Tea-Talk'

Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama
Ucapan Aluan Y.Bhg Dato' Sri Haji Mustapa bin Haji Ali, Presiden APSA Malaysia Chapter merangkap Setiausaha Agong APSA International

Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama
Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama
Antara yang hadir

Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama
Ucapan Perasmian YDH CP Dato' Abd Wira Ayub bin Haji Yaacob, Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Malaysia

Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diterima oleh Encik Mohd Azlan bin Yahya atas kejayaan beliau menangkap 1 suspek dalam kejadian cubaan curi tembaga cooper plat di pencawang TNB PMU West, Shah Alam

Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diterima oleh Encik Mohamad Asmawi bin Salimin atas prestasi yang cemerlang dalam menjalankan tugas harian

Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diterima oleh Encik Chai Soon Leong atas kejayaan beliau mengagalkan dan menangkap 1 individu dalam kejadian cubaan mencuri kompenen kereta di Sri Damansara

Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diterima oleh Encik Eng Chee Wai atas kejayaan beliau mengagalkan dan menangkap 1 individu dalam kejadian cubaan mencuri kompenen kereta di Sri Damansara

Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama
YDH CP Dato' Abd Wira Ayub bin Haji Yaacob, Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Malaysia menerima cenderahati daripada Y.Bhg Dato' Sri Haji Mustapa bin Haji Ali, Presiden APSA Malaysia Chapter merangkap Setiausaha Agong APSA International

Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama
YDH DCP Dato' Abd Rahim Jaafar, Timbalan Ketua Polis Selangor menerima cenderahati daripada Y.Bhg Dato' Sri Haji Mustapa bin Haji Ali, Presiden APSA Malaysia Chapter merangkap Setiausaha Agong APSA International

Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama
YDH DCP Dato' Wan Ahmad Najmuddin bin Mohd, Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Malaysia menerima cenderahati daripada Y.Bhg Dato' Sri Haji Mustapa bin Haji Ali, Presiden APSA Malaysia Chapter merangkap Setiausaha Agong APSA International

Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama
Antara yang hadir

Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama
Pembentangan bertajuk "bersepadu membudaya nilai pencegahan jenayah menuju kesejahteraan dan kehamonian insan" oleh YDH DCP Dato' Wan Ahmad Najmuddin bin Mohd, Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Malaysia

Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama
Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama
Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama
Sesi Soal Jawab
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 8.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM