Pupuk Kesedaran Cegah Jenayah Dari Awal
Oleh : Kpl Edwind Indo
PUPUK KESEDARAN CEGAH JENAYAH DARI AWAL
Kuala Lumpur, 30 Okt – Satu Program Pencegahan Jenayah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Peringkat Derah Hulu Langat telah berlangsung di Dewan SJKC Connaught 2, pagi tadi.
Program memupuk kesedaran dan memberikan maklumat terutama kepada golongan pelajar itu telah dianjurkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan kerjasama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Connaught 2, Bandar Damai Perdana.
Isu disiplin pelajar dalam abad ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti didikan ibu bapa, masalah rumah tangga, gejala sosial di dalam masyarakat, pengaruh persekitaran seseorang murid serta faktor-faktor di sekolah itu sendiri.
"Pendekatan holistik iaitu dengan penglibatan pelbagai pihak seperti ibubapa dan guru sekolah serta pendekatan yang sentiasa berterusan harus dilaksanakan agar gejala ini tidak terus berleluasa", ujar YDH Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman yang dijemput khas bagi merasmikan program tersebut.
Dalam ucapan perasmian itu, YDH Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah PDRM turut menekankan kesedaran murid-murid tentang implikasi negatif terhadap perlakuan jenayah perlu dipertingkatkan agar mereka tidak terjebak dalam kegiatan anti sosial. Dengan kerjasama erat antara pihak sekolah dan polis dapat diselaraskan dalam usaha membanteras jenayah sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.
Beliau turut berharap agar wujudnya Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) di sekolah-sekolah bagi memberi kesedaran pencegahan jenayah pada peringkat awal. Kelab itu bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang kalangan murid sekolah.
Antara yang hadir ialah Y.Bhg Dato' Sri Johny Ch'ng Ewe Gee, Exco MCPF Pusat, YDH ACP Ab Rashid bin Haji Ab Wahab, Ketua Polis Daerah Kajang, Y.Bhg Encik Nor Hairul Nizam bin Abu Sefian, Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Y.Bhg Puan Chang Poh Kheng, Guru Besar SJKC Connaught 2, Y.Bhg Encik Chong Kim Key, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah SJKC Connaught 2, Guru-guru dan rakan media.


Bergambar bersama YDH ACP Ab Rashid bin Haji Ab Wahab, Ketua Polis Daerah Kajang sementara menanti ketibaan YDH Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman

Sesi Ceramah "Dadah Membawa Maut" oleh Y.Bhg Puan Chong Siew Ngoh dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Ketibaan YDH Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman disambut oleh murid-murid SJKC Connaught 2

Bergambar kumpulan bersama YDH Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman

Murid-murid SJKC Connaught 2 yang hadir

Ucapan aluan Y.Bhg Puan Chang Poh Kheng, Guru Besar SJKC Connaught 2

Ucapan Perasmian YDH Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman

Majlis Perasmian Program oleh YDH Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman

Penyampaian Cenderahati

Murid-murid SJKC Connaught 2 yang hadir

Sidang Media

Sudut pameran oleh PDRM

Pertunjukan ular oleh Jabatan Pertahanan Awam

Murid-murid berpeluang bermain dengan ular sawa

Sudut pameran oleh MCPF

Sudut pameran oleh AADK

Pegawai Kanan Polis bersama dengan Y.Bhg Puan Chong Siew Ngoh dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Demo oleh Unit K9 PDRM



Murid-murid bergambar bersama Unit K9