Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama
Oleh : Kpl Edwind Indo
PENCEGAHAN JENAYAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Subang
Jaya, 1 Nov – "Pelbagai program dan strategi seperti 'National Key
Result Areas, National Blue Ocean Strategy' telah disusun untuk
menangani isu keselamatan rakyat. Fokus kami adalah untuk mengawal dan
mengekang jenayah melalui pencegahan yang berkesan", antara kenyataan
YDH CP Dato’ Abd Wira Ayub bin Haji Yaacob, Pengarah Jabatan Pencegahan
dan Pembanterasan Jenayah Malaysia dalam satu Majlis 'Tea-Talk' anjuran
Asian Professional Security Association (APSA), di Holiday Villa Hotel,
Subang Jaya, petang tadi.
Asian
Professional Security Association (APSA) merupakan sebuah badan
'Non-governmental organization' (NGO) yang turut membantu pihak berkuasa
dan kerajaan dalam membendung kejadian jenayah di negara ini.
Menyentuh
kes pembunuhan pengawai bank ketika menjalankan tugas dan kes rompakan
oleh Pengawal Keselamatan syarikat menjual emas berlaku di Setapak
baru-baru ini beliau berkata selaku "industry players" dalam penyediaan
struktur keselamatan profesional harus menyediakan pasukan keselamatan
yang berkualiti, mempunyai kelayakan pengetahuan, kemahiran dan
kebolehan yang secukupnya untuk menjaga keselamatan nyawa pekerja serta
harta benda yang diamanahkan.
Slot selama 40 minit itu menjelaskan tentang strategi pendekatan secara proaktif dan bersepadu bagi mencegah jenayah. Antara strategi itu dengan mendidik serta membudayakan masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam mencegah jenayah serta peranan 'Consultative Role' oleh komuniti, institusi pendidikan, perniagaan, agensi kerajaan dan badan-badan NGO.
"Oleh yang demikian, sekali lagi saya menyeru pihak tuan-tuan dan puan-puan untuk sentiasa berhubung rapat dengan PDRM supaya kita dapat mencegah insiden yang tidak diingini berulang semula. Marilah kita sama-sama hayati perkara ini agar industri keselamatan profesional ini terus dapat prosper dalam negara dengan memberi perkhidmatan kepada syarikat dan orang ramai", tambah YDH CP Dato' Abd Wira Ayub bin Haji Yaacob mengakhiri ucapan perasmian beliau.
Antara yang hadir ialah Y.Bhg Dato' Sri Haji Mustapa bin Haji Ali, Presiden APSA Malaysia Chapter merangkap Setiausaha Agong APSA International, YDH DCP Dato' Abd Rahim Jaafar, Timbalan Ketua Polis Selangor, Y.Bhg Dato' Haji Rahmat Ismail, Emeritus Presiden APSA International merangkap Penasihat APSA Malaysia Chapter, Y.Bhg Datuk Haji Shaheen Mirza Habib, Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Y.Bhg Dato' Pahlawan Haji Ramli, Timbalan Presiden APSA Malaysia Chapter merangkap Timbalan Presiden PPKKM, Pegawai Kanan Polis, Ahli-ahli Jawatankuasa dan Exco APSA serta PPKKM dan Rakan Media.


Sekitar Majlis 'Tea-Talk'

Ucapan Aluan Y.Bhg Dato' Sri Haji Mustapa bin Haji Ali, Presiden APSA Malaysia Chapter merangkap Setiausaha Agong APSA International


Antara yang hadir

Ucapan Perasmian YDH CP Dato' Abd Wira Ayub bin Haji Yaacob, Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Malaysia

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diterima oleh Encik Mohd Azlan bin Yahya atas kejayaan beliau menangkap 1 suspek dalam kejadian cubaan curi tembaga cooper plat di pencawang TNB PMU West, Shah Alam

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diterima oleh Encik Mohamad Asmawi bin Salimin atas prestasi yang cemerlang dalam menjalankan tugas harian

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diterima oleh Encik Chai Soon Leong atas kejayaan beliau mengagalkan dan menangkap 1 individu dalam kejadian cubaan mencuri kompenen kereta di Sri Damansara

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diterima oleh Encik Eng Chee Wai atas kejayaan beliau mengagalkan dan menangkap 1 individu dalam kejadian cubaan mencuri kompenen kereta di Sri Damansara

YDH CP Dato' Abd Wira Ayub bin Haji Yaacob, Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Malaysia menerima cenderahati daripada Y.Bhg Dato' Sri Haji Mustapa bin Haji Ali, Presiden APSA Malaysia Chapter merangkap Setiausaha Agong APSA International

YDH DCP Dato' Abd Rahim Jaafar, Timbalan Ketua Polis Selangor menerima cenderahati daripada Y.Bhg Dato' Sri Haji Mustapa bin Haji Ali, Presiden APSA Malaysia Chapter merangkap Setiausaha Agong APSA International

YDH DCP Dato' Wan Ahmad Najmuddin bin Mohd, Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Malaysia menerima cenderahati daripada Y.Bhg Dato' Sri Haji Mustapa bin Haji Ali, Presiden APSA Malaysia Chapter merangkap Setiausaha Agong APSA International

Antara yang hadir

Pembentangan bertajuk "bersepadu membudaya nilai pencegahan jenayah menuju kesejahteraan dan kehamonian insan" oleh YDH DCP Dato' Wan Ahmad Najmuddin bin Mohd, Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Malaysia



Sesi Soal Jawab