Penangkapan Penganggur Selesai 40 Kes Curi Motor Di Kangar
Kangar
- Seorang penganggur yang menyara hidup dengan kegiatan mencuri
motosikal sejak enam tahun lalu akhirnya tertangkap dalam Operasi Lejang
pada 13 Januari lalu.
KPD
Kangar SUPT Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, lelaki bujang berusia 33
tahun itu ditangkap di rumahnya di Sungai Batu Pahat di sini pada pukul
10.30 malam.
"Turut
ditemui di rumah suspek ialah dua buah motosikal curi jenis Honda Wave
dan sebuah bateri jentera mesin padi yang bernilai RM1,500" katanya pada
sidang akhbar di sini semalam.
Suspek
bersama seorang lagi rakan yang masih diburu menyasarkan motosikal yang
dicuri dilelakkan di bangunan atau kawasan yang tidak dipasang dengan
televisyen litar tertutup (CCTV).
"Suspek
akan mengumpil tempat kunci motosikal menggunakan 'alien key' yang
diubah suai sebelum menghidupkan motosikal curi untuk dibawa ke
rumahnya.
"Seorang
lagi suspek yang dipercayai seorang lelaki dalam lingkungan umur yang
sama akan membantu menghantarnya kembali ke lokasi kejadian untuk dia
mengambil motosikal miliknya.
"Penahanan
suspek ini dapat menyelesaikan 40 kes kecurian motosikal di Kangar
sepanjang enam tahun yang dipercayai melibatkan 100 buah motosikal jenis
Honda Wave dan Honda EX5," katanya.

Sumber : Keratan Akhbar Kosmo