Artikel
Penambahbaikan Teknologi Dalam Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia
Seiring dengan kemajuan teknologi dan kehendak orang ramai, polis akan menghasilkan perkhidmatan secara cepat dan cekap melalui penambahbaikan teknologi penuga...
Kuala Lumpur, 1 Mac 2011 - "Seiring
dengan kemajuan teknologi dan kehendak orang ramai, polis akan
menghasilkan perkhidmatan secara cepat dan cekap melalui penambahbaikan
teknologi di dalam penugasan mereka," ujar YDH SAC Dato' Shahbudin bin
Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur pada Majlis Tandatangan
Memorandum Persefahaman di antara PDRM dengan Statworks Technology Sdn.
Bhd dan Visual Analytics Incorporation (VAI) di Maktab PDRM Kuala Lumpur
hari ini.

Ceramah Perdana oleh Mr. Christopher Westphal, Ketua Pegawai Eksekutif Visual Analytics Incorporation dengan tajuk
'Intelligence Led Policing: Using Visual Analytics to Combat Crime'

hadir...YDH SAC Dato' Shabudin bin Abdul Wahab, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur bersama YDH SAC Dato' Haji Abdul Malek bin Haji Harun, Timbalan Pengarah JSJ (Forensik/Databank DNA) bersama Pegawai-pegawai Kanan PDRM

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman Usahasama (MoU) antara PDRM dan Statworks Technology Sdn Bhd di Dewan Moot II, Maktab PDRM Kuala Lumpur

Penyerahan dokumen MoU antara YDH SAC Dato' Shabudin bin Abdul Wahab dan Y.Bhg Dato' Syed Mustaffa bin Syed Abdullah Shahbudin, Pengerusi Eksekutif Statworks Technology

Cenderahati kepada Y.Bhg Dato' Syed Mustaffa bin Syed Abdullah Shahbudin

Cenderahati kepada Mr. Christopher Westphal

Cenderahati daripada Y.Bhg Dato' Syed Mustaffa bin Syed Abdullah Shahbudin

Cenderahati kepada YDH SAC Dato' Haji Abdul Malek bin Haji Harun
Jurufoto : Sjn. Zaiddin bin Dahalan
Wartawan : Kons Irfan Bin Bujang
Penyunting : Insp. Haslina bt Muhamad Nor
Beliau
yang juga mewakili PDRM, berterima kasih kepada pihak Statworks dan VAI
atas tawaran 30 lesen percuma pemasangan program Visual Analytics Data
Clarity Suite di makmal komputer Maktab PDRM Kuala Lumpur.
Menurutnya lagi, tawaran tersebut yang bernilai RM1.5 juta juga merangkumi lesen untuk satu makmal dalam tempoh satu tahun di mana ianya melibatkan 5 hari latihan kepada tenaga pengajar Maktab PDRM dalam bidang pentadbiran, analisa dan ciri-ciri perisian tersebut.
Difahamkan perisian ini bercirikan teknologi yang peka terhadap sebarang aktiviti mencurigakan di lokasi setempat dan juga antarabangsa di mana ianya turut menyediakan kemampuan carian dan analisis visual yang dinamik.
Sehubungan dengan itu, YDH SAC Dato' Shahbudin berharap agar Maktab PDRM menggunakan perisian ini semaksimum mungkin dengan mengadakan kursus-kursus untuk melatih dan mendedahkan pegawai-pegawai polis yang lazimnya bertugas dalam bidang penyiasatan berlatarkan kecanggihan teknologi untuk mengaplikasikan perisian ini.
Tambah beliau lagi, ini merupakan titik awal ke arah keberkesanan dalam kaedah penyiasatan dan pengumpulan data maklumat pasukan Polis DiRaja Malaysia dan apa yang penting, keberkesanan kerjasama ini adalah untuk kesejahteraan masyarakat negara kita amnya.
Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Forensik/Databank DNA), YDH SAC Dato' Haji Abdul Malik bin Haji Harun, Pengerusi Eksekutif Statworks Technology, Y.Bhg Dato' Syed Mustaffa bin Syed Abdullah Shahbudin, CEO Visual Analytics Incorporation, Mr. Christopher Westphal dan pegawai-pegawai kanan PDRM.