Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Rm1 263 Derma Kilat Peserta Kursus Penilaian Kenaikan Pangkat Sm Ke Si Siri 4 2011

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kami bersepakat untuk mengadakan kutipan derma kilat sebagai sumbangan ikhlas daripada peserta kursus sebagai tanda simpati terhadap nasib yang menimpa rakan-rakan sepasukan kami dan sejumlah RM1263 b..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rm1-263-derma-kilat-peserta-kursus-penilaian-kenaikan-pangkat-sm-ke-si-siri-4-2011
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:05 MYT

Ulu Kinta, 25 Februari 2011 - "Kami bersepakat untuk mengadakan kutipan derma kilat sebagai sumbangan ikhlas daripada peserta kursus sebagai tanda simpati terhadap nasib yang menimpa rakan-rakan sepasukan kami dan sejumlah RM1263 berjaya dikutip daripada 144 peserta kursus dan diharapkan sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka," ujar SM Megat Nizar selaku Penghulu Kursus Penilaian Kenaikan Pangkat Sarjan Mejar (SM) ke Sub Inspektor Siri 4/2011 di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta, Perak.

Hasil kutipan tersebut disampaikan oleh beliau kepada YDH Superitendan Burhanuddin bin Haji Abdul Majid, Komandan Pusat Latihan PGA (PLPGA) Ulu Kinta Perak untuk diserahkan kepada mangsa kebakaran yang berlaku di Batalion 8 PGA, Pengkalan Chepa baru-baru ini. 

Turut hadir, YDH DSP Ismail Jusoh, Timbalan Komandan PLPGA Ulu Kinta dan Fasilitator Kursus, YDH ASP Zolkarnain Haji Mohamad Ithnin.

Kebakaran yang berlaku 19 Februari lalu telah meranapkan empat buah blok kelamin Batalion 8 yang didiami 16 keluarga anggota terbabit menyebabkan 89 mangsa yang tinggal dalam 28 buah rumah papan tersebut tinggal sehelai sepinggang.

Komandan PLPGA Ulu Kinta, YDH Supt. Burhanuddin melahirkan ucapan ribuan terima kasih dan kagum di atas keprihatinan dan inisiatif peserta-peserta kursus yang mengambil langkah ke hadapan membuat kutipan kilat untuk mengurangkan beban yang ditanggung mangsa-mangsa kebakaran tersebut.

Hasil kutipan tersebut akan disampaikan kepada Komander Briged Tenggara PGA untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa kebakaran tersebut.

Rm1 263 Derma Kilat Peserta Kursus Penilaian Kenaikan Pangkat Sm Ke Si Siri 4 2011
SM Megat Nizar (kiri) selaku Penghulu Kursus Penilaian Kenaikan Pangkat Sarjan Mejar ke Sub Inspektor Siri 4/2011 menyerahkan hasil kutipan derma kilat kepada YDH Supt. Burhanuddin Haji Abdul Majid, Komandan PLPGA Ulu Kinta Perak.

 
Rm1 263 Derma Kilat Peserta Kursus Penilaian Kenaikan Pangkat Sm Ke Si Siri 4 2011
YDH Supt. Burhanuddin Haji Abdul Majid mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta kursus atas inisiatif
yang diambil bagi membantu meringankan beban mangsa kebakaran tersebut.

Rm1 263 Derma Kilat Peserta Kursus Penilaian Kenaikan Pangkat Sm Ke Si Siri 4 2011
Para peserta kursus daripada golongan wanita turut bersatu hati membantu mangsa kebakaran.

Rm1 263 Derma Kilat Peserta Kursus Penilaian Kenaikan Pangkat Sm Ke Si Siri 4 2011
Tepukan gemuruh daripada peserta kursus yang ikhlas membantu mangsa-mangsa kebakaran.

Rm1 263 Derma Kilat Peserta Kursus Penilaian Kenaikan Pangkat Sm Ke Si Siri 4 2011
PRIHATIN... peserta-peserta kursus bersetuju untuk mengadakan derma kilat kepada mangsa-mangsa kebakaran
bagi membantu meringankan beban.

Sumber Berita dan Gambar  : SM Megat Nizar Bin Megat Uda Abdullah
Suntingan                          : Unit Laman Web PDRM



ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM