Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penagih Dadah Ditahan Cuba Seludup Motosikal Curi Ke Negara

Published: 18 Jun 2014 8.14 AM Updated: 15 Aug 2026 7.35 PM
TUMPAT, 22 Jan - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menahan seorang penagih dadah yang cuba menyeludup sebuah motosikal curi melalui pangkalan haram di Kampung Simpangan, di sini m..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penagih-dadah-ditahan-cuba-seludup-motosikal-curi-ke-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:34 MYT

TUMPAT, 22 Jan - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menahan seorang penagih dadah yang cuba menyeludup sebuah motosikal curi melalui pangkalan haram di Kampung Simpangan, di sini malam tadi.

Pemangku Pegawai Pemerintahnya Insp Mohd Hamdan Mustafa berkata suspek ditahan pada 8.30 malam hasil intipan anggota pasukan itu di bawah Op Cantas/Op Lejang Khas.

"Suspek yang berusia 32 tahun itu ditahan selepas seorang anggota PPM melihat seorang lelaki menolak sebuah motosikal jenis Honda Wave ke arah Sungai Golok.

"Sebaik anggota PPM memperkenalkan diri, suspek bertindak di luar kawalan dan berlaku pergelutan antara penagih dadah itu dengan pasukan keselamatan kira-kira 10 minit sebelum dia berjaya ditahan," katanya pada sidang akhbar di pejabat PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubur di sini hari ini.

Mohd Hamdan berkata seorang rakan suspek berjaya meloloskan diri dengan terjun ke Sungai Golok.

"Kami menemui satu botol plastik mengandungi serbuk putih, dipercayai dadah jenis heroin dan wang tunai RM500 serta sebatang besi berbentuk T yang dipercayai digunakan suspek untuk mencuri motosikal.

"Suspek turut gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri dan hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis Opiate," katanya.

Siasatan lanjut mendapati suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mengaku mencuri motosikal di Pasir Mas.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.14 AMUpdated 15 Aug 2026 7.35 PM