Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penagih Dadah Cuba Rasuah Polis Diberkas

Diterbitkan: 17 Jun 2014 2.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Suspek kemudiannya cuba merasuah anggota polis yang menahannya dengan menghulurkan wang tunai RM400 bagi melepaskan diri..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penagih-dadah-cuba-rasuah-polis-diberkas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:53 MYT

Penagih Dadah Cuba Rasuah Polis Diberkas

Kuantan, 12 April - Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai

terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan cuba merasuah anggota polis untuk melepaskan dirinya.

Lelaki berusia 33 tahun yang memandu sebuah kereta itu ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Bandar Bentong pada 11.50 pagi semalam dan hasil pemeriksaan polis menemui plastik lutsinar yang mengandu
ngi dadah jenis syabu seberat 2.6 gram dianggar bernilai RM760.

"Suspek kemudiannya cuba merasuah anggota polis yang menahannya dengan menghulurkan wang tunai RM400 bagi melepaskan diri," kata Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor ketika dihubungi di sini, hari ini.

Koperal polis yang bertugas di Balai Polis Bentong itu bertindak memberkas suspek dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.

Mohamad Mansor berkata kereta suspek turut disita untuk pemeriksaan lanjut sama ada kenderaan berkenaan dicuri atau sebaliknya.

"Hasil siasatan awal juga mendapati suspek disahkan positif methamphetamine selepas ujian air kencing dijalankan," katanya.
- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 2.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM