Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pemuda Ditahan Dipercayai Bunuh Tunang Di Putrajaya

Published: 08 May 2015 6.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam belukar di bawah jejambat susur keluar Putrajaya menghala ke Pulau Meranti di Cyberjaya semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemuda-ditahan-dipercayai-bunuh-tunang-di-putrajaya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:50 MYT


Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam belukar di bawah jejambat susur keluar Putrajaya menghala ke Pulau Meranti di Cyberjaya semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Supt Abdul Aziz Ali berkata, ketika disoal siasat, suspek yang mendakwa dirinya tunang kepada mangsa, Rosshida Abdullah, 30, mengaku mencampakkan wanita itu dari jejambat berkenaan.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan ke atas mangsa di Hospital Serdang mendapati Rosshida dicekik terlebih dahulu sebelum mayatnya dicampak ke dalam belukar di bawah jejambat berkenaan.

Polis sedang menyiasat lokasi sebenar mangsa dibunuh. Malah dakwaan mengatakan suspek adalah tunang mangsa juga tidak dapat disahkan kerana keluarga Rosshida menafikan perkara tersebut.

Sumber : Utusan Malaysia

Pemuda Ditahan Dipercayai Bunuh Tunang Di Putrajaya
ArticlePublished 08 May 2015 6.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM