Dua Buruh Kelapa Sawit Dicekup Mengedar Dadah
Dua lelaki yang bekerja sebagai buruh di kebun kelapa sawit di Batu Pahat Johor dicekup polis kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di sekitar Yong Peng.
Dalam serbuan berasingan pada Selasa lalu, kedua-dua lelaki yang berusia 29 dan 40 tahun ditahan ketika sedang leka melakukan urus niaga masing-masing.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad berkata, dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Bukit Sri Wangi, Batu Pahat, lima lelaki berusia 20 hingga 43 tahun yang berada di dalam sebuah bilik ditahan untuk pemeriksaan.
Sumber : Utusan Malaysia