Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pemimpin Pdrm Menyantuni Warga Perumahan Polis Hulu Kelang

Diterbitkan: 16 Apr 2018 5.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 16 April 2018 - Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani hadir di Dewan Blok Melati, Setiawangsa, dekat sini, bagi menyantuni warga Perumahan Polis Setiawangsa dalam Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Penyampaian Sumbangan Perumahan PDRM Hulu Kelang, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemimpin-pdrm-menyantuni-warga-perumahan-polis-hulu-kelang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:46 MYT

Kuala Lumpur, 16 April 2018 - Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani hadir di Dewan Blok Melati, Setiawangsa, dekat sini, bagi menyantuni warga Perumahan Polis Setiawangsa dalam Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Penyampaian Sumbangan Perumahan PDRM Hulu Kelang, malam tadi.

Selain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara pemimpin PDRM dengan warga perumahan polis di kawasan tersebut, Yayasan Amal Wangsa (YAW) telah turut berbesar hati untuk memberi sumbangan kepada 10 perumahan polis yang didiami lebih 2,000 keluarga dari kalangan warga PDRM.

 Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Tan Sri Dr. Zulhasnan Rafique merangkap Penaung YAW Setiawangsa. Berucap dalam majlis itu, Dato’ Sri Acryl Sani telah menyampaikan penghargaan kepada Tan Sri Dr. Zulhasnan yang telah sudi berbesar hati memberikan sumbangan kepada warga PDRM.

“Sumbangan yang dihulurkan ini memberi seribu satu erti dan akan dimanfaatkan sepenuhnya, bagi menampung keperluan-keperluan para penghuni dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan,” ujar beliau.

Turut diadakan dalam majlis sama adalah Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang kepada 30 anak warga PDRM yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik sama ada di peringkat sekolah atau pun institusi pengajian tinggi.

 Hadir sama, Pengerusi YAW, Puan Sri Nooriah Anna Razak, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan StaRT, Datin Sri Ir. Zaitun Mohd Isa, Pegawai Turus Kem Komandan Bukit Aman, Superintendan Ahmad Shukri Mat Akhir, Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, DSP Muhammad Najib Hamzah, Pengerusi Blok Melati Perumahan Polis Hulu Kelang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan, Sub Inspektor Noor Azam Zakaria, warga PDRM dan rakan-rakan media.

Ramah mesra Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani bersama pelajar cemerlang.
Ramah mesra Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani bersama pelajar cemerlang.

Pelajar cemerlang bergambar kenangan bersama Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.
Pelajar cemerlang bergambar kenangan bersama Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

Pengerusi Blok Perumahan PDRM bergambar kenangan bersama Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Dato’ Sri Acryl Sani Haji
Pengerusi Blok Perumahan PDRM bergambar kenangan bersama Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Dato’ Sri Acryl Sani Haji

ArtikelDiterbitkan 16 Apr 2018 5.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM