Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pemilik Lesen Senjatapi Perlu Miliki Kad Senjata

Published: 06 Apr 2017 6.40 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melancarkan Kad Senjata yang digunakan sebagai pengenalan diri pemilik lesen dan permit senjata api sekaligus penambahbaikan sistem sedia ada.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemilik-lesen-senjatapi-perlu-miliki-kad-senjata
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:41 MYT


Putrajaya, 6 April 2017- Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melancarkan Kad Senjata yang digunakan sebagai pengenalan diri pemilik lesen dan permit senjata api sekaligus penambahbaikan sistem sedia ada.  

Beliau merasmikan pelancaran tersebut ketika menghadiri Perhimpunan Bulanan Peringkat Kementerian Dalam Negeri bagi bulan April 2017 yang dihoskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertempat di Dewan Auditorium Aras 5, Blok D8, Kompleks D, kementerian tersebut pagi tadi.

Memetik dari ucapannya, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru setiap pegawai dan anggota setiap agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar bertindak bersama sebagai satu pasukan badan penguatkuasaan di negara ini.

Beliau dalam pada itu juga turut menghargai kecekalan warga KDN dalam menangani persepsi negatif masyarakat terhadap agensi penguatkuasaan yang bernaung di bawah KDN serta turut memandang serius unsur-unsur negatif seperti salahlaku, salahguna kuasa dan rasuah.

Dalam majlis yang sama Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut meyampaikan Anugerah Integriti dan Tolak Rasuah PDRM peringkat KDN kepada 16 pegawai kanan, anggota dan pegawai awam PDRM dan beberapa anugerah kepada lain-lain agensi di bawah KDN.

Hadir sama dalam perhimpuan bulanan tersebut, Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri 2, Dato’ Masir Kujat, Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Sri Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, barisan kepimpinan dan warga setiap agensi dan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Pemilik Lesen Senjatapi Perlu Miliki Kad Senjata
Ucapan dan amanat oleh Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Pemilik Lesen Senjatapi Perlu Miliki Kad Senjata
Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan pelancaran Kad Senjata

Pemilik Lesen Senjatapi Perlu Miliki Kad Senjata
Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan Anugerah Integriti dan Tolak Rasuah PDRM peringkat KDN kepada pegawai kanan, anggota dan pegawai awam PDRM

Pemilik Lesen Senjatapi Perlu Miliki Kad Senjata
Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan Anugerah Integriti dan Tolak Rasuah PDRM peringkat KDN kepada pegawai kanan, anggota dan pegawai awam PDRM

Pemilik Lesen Senjatapi Perlu Miliki Kad Senjata
Barisan pucuk pimpinan PDRM yang turut hadir

ArticlePublished 06 Apr 2017 6.40 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM