Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sembahyang Khas Agama Hindu Sempena Hari Polis Ke 210

Diterbitkan: 07 Apr 2017 4.20 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 7 April 2017 - Upacara Sembahyang Khas Agama Hindu sempena sambutan Hari Polis Ke-210 diadakan di Kuil Sri Mahamariamman, Jalan Tun H.S. Lee, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sembahyang-khas-agama-hindu-sempena-hari-polis-ke-210
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 19:06 MYT
Kuala Lumpur, 7 April 2017 - Upacara Sembahyang Khas Agama Hindu sempena sambutan Hari Polis Ke-210 diadakan di Kuil Sri Mahamariamman, Jalan Tun H.S. Lee, di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Dato' A.Thaiveegan merangkap Pengerusi Jawatankuasa berkata, sembahyang khas ini diadakan bagi mendoakan keselamatan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa bertugas.

Beliau berkata, semua kontinjen dan formasi PDRM di seluruh negara turut menganjurkan aktiviti seumpama ini dengan menjemput pesara-pesara polis serta masyarakat tempatan bagi sama-sama menjayakan aktiviti keagamaan seperti ini selaras dengan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.

"Saya berharap masyarakat beragama Hindu akan terus memberi kerjasama dan komitmen serta menjalin hubungan baik dengan PDRM dalam memastikan negara kita selamat," katanya. 

Dalam majlis ini juga, Dato' Thaiveegan menyempurnakan upacara pemakaian ‘Anggavasthiram’ kepada pegawai-pegawai kanan dan pesara-pesara PDRM.

Majlis turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Dato' Manoharan dan Komander Pasukan Gerakan Udara, SAC Dato' S. Sathiya Seelan.

_MG_7728
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Dato' A.Thaiveegan bersama isteri, Datin Komodhi Dhanaraj ketika Upacara Sembahyang Khas Agama Hindu sempena sambutan Hari Polis Ke-210.

_MG_8230
Sekitar Upacara Sembahyang Khas Agama Hindu sempena sambutan Hari Polis Ke-210.

_MG_8063
Acara pemakaian 'Anggavasthiram' kepada pesara-pesara dan Pegawai Kanan PDRM.

_MG_7897
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Dato' A.Thaiveegan bersama Ketua Penolong Pengarah Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Dato' Manoharan dan Komander Pasukan Gerakan Udara, SAC Dato' S. Sathiya Seelan serta pegawai kanan PDRM yang hadir.

_MG_9924
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Dato' A.Thaiveegan bergambar bersama ahli jawatankuasa Sembahyang Khas Agama Hindu sempena sambutan Hari Polis Ke-210.
ArtikelDiterbitkan 07 Apr 2017 4.20 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM