Kes
kecurian kabel dan wayar Tenaga Nasional berjaya dipatahkan selepas
serbuan ke atas sebuah kedai membeli barangan lusuh oleh sepasukan
anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis daerah Hilir baru-baru ini.
Seorang
pengusaha kedai membeli barangan lusuh berusia 43 tahun dikenal pasti
menjadi dalang kegiatan itu dipercayai mengaut keuntungan dengan mcmbeli
wayar aluminium, batang besi tembaga dan pelbagai logam lain dari
kumpulan tertentu yang menjalankan kegiatan mencuri barangan berkenaan.
Turut
ditemui adalah 10 guni wayar aluminium bersalut getah, enam guni batang
aluminium bersaiz kecil, 66 besi tembaga dan 320 aluminium bersaiz
besar.
Sumber: Akhbar Harian Metro

Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Pemilik Kedai Dalang Curi Kabel Tnb
Seorang pengusaha kedai membeli barangan lusuh berusia 43 tahun dikenal pasti menjadi dalang kegiatan itu dipercayai mengaut keuntungan dengan mcmbeli wayar aluminium, batang besi tembaga dan pelbagai..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemilik-kedai-dalang-curi-kabel-tnb
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.