Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pemegang Kad Unhcr Ditangkap Edar Dadah

Published: 17 Jun 2014 3.20 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, dua suspek berkenaan ditangkap dalam Ops Tapis /Cantas di Seksyen 2 Taman Pinggiran Putra oleh sepasukan anggota dari Bahagian Narkotik..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemegang-kad-unhcr-ditangkap-edar-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:12 MYT

Dua warga Myanmar yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) ditangkap kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di sebuah rumah diSeri Kembangan di sini.

Ketua Polis Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, dua suspek berkenaan ditangkap dalam Ops Tapis /Cantas di Seksyen 2 Taman Pinggiran Putra oleh sepasukan anggota dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan, polis menemui 21 paket plastik lutsinar kecil disyaki heroin dengan anggaran berat 19 gram dan suspek mengaku mendapat bekalan dadah tersebut dari rakan senegara di Kuala Lumpur.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pemegang Kad Unhcr Ditangkap Edar Dadah


Sumber: Sinar Harian

ArticlePublished 17 Jun 2014 3.20 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM