Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pembudayaan Gaya Hidup Sihat Dalam Pdrm

Diterbitkan: 12 Jun 2014 2.52 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.31 PM
BUKIT AMAN, 29 Ogos - "Perbudayaan gaya hidup sihat dalam mestilah diserapkan di dalam sistem organisasi kita secara berterusan dan tidak hanya terhad kepada sesi-sesi sementara sahaja", amanat YDH Ke..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pembudayaan-gaya-hidup-sihat-dalam-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:24 MYT
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo

BUKIT AMAN, 29 Ogos - "Perbudayaan gaya hidup sihat dalam mestilah diserapkan di dalam sistem organisasi kita secara berterusan dan tidak hanya terhad kepada sesi-sesi sementara sahaja", amanat YDH Ketua Polis Negara yang disampaikan oleh YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM, Bukit Aman, pagi ini.

Satu Ceramah Gaya Hidup Sihat Siri 3 telah berlangsung di Dewan Theatrette, Menara 1. Ceramah ini merupakan kesinambungan dari ceramah sesi ceramah bertajuk Obesiti Siri 1 dan sesi ceramah bertajuk PDRM Pilih Menu Sihat Siri 2.

Ceramah kali ini membincangkan "Bahaya Merokok dan Panduan Berhenti Merokok" oleh Y.Bhg Dr. Sallehudin bin Abu Bakar, Pakar Perubatan Kesihatan Awam serta "Pencegahan Dan Kawalan Diabetes" oleh Y.Bhg Dr. Nurul Aida binti Salleh, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Tanglin.

Ceramah ini dirangka sejajar dengan harapan untuk mencapai wawasan "Polis Sihat Masyarakat Selamat" kalangan seluruh warga PDRM antara mesej yang disampaikan oleh YDH Ketua Polis Negara.

"Program "value added" ini untuk memberi kesedaran kepada warga PDRM mengenai hubungan antara gaya hidup sihat dan pencegahan penyakit kronik serta memperkasakan warga PDRM dalam membudayakan amalan penjagaan kesihatan yang baik", tambah beliau lagi.

Turut hadir YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, timbalan Pengarah (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan LTAB), YDH Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Anggota-anggota Polis dan Kakitangan Awam.

Pembudayaan Gaya Hidup Sihat Dalam Pdrm
Pembudayaan Gaya Hidup Sihat Dalam Pdrm
Pendaftaran peserta ceramah

Pembudayaan Gaya Hidup Sihat Dalam Pdrm
YDH SAC Hasanuddin bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) bersama YDH SAC Jalil bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian D7 (Kongsi/Judi/Maksiat) sementara menanti ketibaan YDH Pengarah Pengurusan PDRM

Pembudayaan Gaya Hidup Sihat Dalam Pdrm
Booth Berhenti Merokok

Pembudayaan Gaya Hidup Sihat Dalam Pdrm
Ketibaan YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM

Pembudayaan Gaya Hidup Sihat Dalam Pdrm
Pembudayaan Gaya Hidup Sihat Dalam Pdrm
Sesi dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fakhrur Radzi bin Shahibul Ghani, Bahagian Agama dan Kaunseling Bukit Aman

Pembudayaan Gaya Hidup Sihat Dalam Pdrm
Pembudayaan Gaya Hidup Sihat Dalam Pdrm
Ceramah 1 bertajuk Bahaya Merokok dan Panduan Berhenti Merokok oleh Y.Bhg Dr. Sallehudin bin Abu Bakar, Pakar Perubatan Kesihatan Awam

Pembudayaan Gaya Hidup Sihat Dalam Pdrm
Pembudayaan Gaya Hidup Sihat Dalam Pdrm
Antara yang hadir

Pembudayaan Gaya Hidup Sihat Dalam Pdrm
Pembudayaan Gaya Hidup Sihat Dalam Pdrm
Ceramah 2 bertajuk Pencegahan Dan Kawalan Diabetes oleh Y.Bhg Dr. Nurul Aida binti Salleh, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Tanglin

Pembudayaan Gaya Hidup Sihat Dalam Pdrm
Pembudayaan Gaya Hidup Sihat Dalam Pdrm
Penyampaian Cenderahati Kenangan
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 2.52 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.31 PM