Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Mohd Shareel shahriman.
Bukit
Aman - 29 Ogos. "Saya berpendapat kempen Op Selamat ini telah
menunjukkan impak yang positif, khususnya dari aspek sikap
pengguna-pengguna jalan raya." Kata YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail
bin Haji Omar, Ketua Polis Negara pada Majlis Anugerah Pemandu Berhemah
Sempena Op Selamat 2012 yang telah diadakan di Mess Pegawai Kanan Bukit
Aman.
Dari segi bilangan kes,
sebanyak 17,937 kemalangan telah dicatatkan pada tahun ini berbanding
dengan 19,606 kes bagi tempoh sama tahun lepas, iaitu penurunan sebanyak
1,669 kes.
Berbanding dengan Ops
Sikap ke-24, jumlah kemalangan telah menurun sebanyak 8.5 peratus,
jumlah kemalangan maut menurun sebanyak 12.7 peratus dan jumlah kematian
menurun sebanyak 15.9 peratus.
Bagi kemalangan maut
pula, sebanyak 226 kes telah dicatatkan, melibatkan 243 kematian pada
tahun ini, berbanding 259 kes pada tahun lepas yang melibatkan 289
kehilangan nyawa dan ini menunjukkan penurunan sebanyak 46 kematian.
Menurutnya lagi,
penglibatan penguatkuasaan dari agensi-agensi lain telah menjuruskan
kepada penurunan kadar kemalangan dan maut. Dalam masa yang sama, faktor
kesedaran orang ramai mengenai kempen keselamatan ini juga mungkin
menyebabkan mereka lebih berhati-hati ketika di jalan raya kerana
menyedari mereka sedang di perhatikan.
Di dalam tempoh cuti
hari raya ini juga, menurut YDH Ketua Polis Negara, PDRM telah mendapat
respon yang menggalakkan daripada orang ramai iaitu sebanyak 26,726 tuan
rumah telah menggunakan saluran seperti SMS dan Hotline Rakan COP,
serta menghantar borang balik kampung di balai untuk memaklumkan kepada
pihak polis berkaitan rumah yang ditinggalkan kosong semasa perayaan dan
pihak polis telah menjalankan sebanyak 67,807 lawatan dan pemantauan ke
rumah-rumah tersebut.
Di majlis ini juga, YDH
Ketua Polis Negara turut menyampaikan Anugerah Pemandu Berhemah kepada
50 orang pemandu berhemah iaitu terdiri daripada 10 orang pemandu bas,
10 orang pemandu motokar dan 30 orang penunggang motosikal yang dipilih
di atas rekod pemandu-pemandu yang bebas daripada saman polis untuk 3
tahun kebelakangan.
Bagi kategori daerah,
tempat pertama dimenangi oleh IPD Batu Pahat, IPD Subang Jaya di tempat
kedua dan IPD Kulai Jaya di tempat ketiga.
Bagi kategori Kontinjen pula, Kontinjen Sabah di tempat pertama, Kontinjen Terengganu di tempat kedua dan Kontinejen Kelantan ditempat ketiga.
Turut hadir pada majlis ini ialah YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid Pengarah KDN/KA PDRM, Y.Bhg Dato’ Noorizah binti Abdul Hamid Pengarah Urusan Projek Lebuh Raya Utara Selatan Berhad (PLUS), Yang Berbahagia Encik Hamdan bin Ismail Naib Presiden Jualan Sektor Kerajaan Telekom Malaysia, Y.Bhg Dato’ Dr. Kuljit Singh Ear Nose Throat Konsultan Prince Court Medical Centre, Y.Bhg Prof. Dr Wong Shaw Voon Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan dan Kenderaan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Y.Bhg Encik Leslie Leon Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Pengarah-pengarah PDRM, Ketua-ketua Polis Kontinjen, Pegawai-pegawai kanan PDRM dan wakil-wakil media.

Antara yang hadir.

Antara yang hadir.

Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Bersama tetamu.

Bersama tetamu.

Antara yang hadir.

Antara yang hadir.

Antara yang hadir.

Ucapan dari YDH Ketua Polis Negara.

Antara penerima Anugerah Pemandu Berhemah.

Antara penerima Anugerah Pemandu Berhemah.

Antara penerima Anugerah Pemandu Berhemah.

YDH Dato' Hj Hamza Bin Taib, PJP Sabah menerima anugerah Kontinjen Terbaik.

Gambar kenanangan.