Artikel
Pembudayaan Gaya Hidup Sihat Dalam Pdrm
BUKIT AMAN, 29 Ogos - "Perbudayaan gaya hidup sihat dalam mestilah diserapkan di dalam sistem organisasi kita secara berterusan dan tidak hanya terhad kepada s...
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo
BUKIT AMAN, 29 Ogos - "Perbudayaan gaya hidup sihat dalam mestilah diserapkan di dalam sistem organisasi kita secara berterusan dan tidak hanya terhad kepada sesi-sesi sementara sahaja", amanat YDH Ketua Polis Negara yang disampaikan oleh YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM, Bukit Aman, pagi ini.
Satu Ceramah Gaya Hidup Sihat Siri 3 telah berlangsung di Dewan Theatrette, Menara 1. Ceramah ini merupakan kesinambungan dari ceramah sesi ceramah bertajuk Obesiti Siri 1 dan sesi ceramah bertajuk PDRM Pilih Menu Sihat Siri 2.
Ceramah kali ini membincangkan "Bahaya Merokok dan Panduan Berhenti Merokok" oleh Y.Bhg Dr. Sallehudin bin Abu Bakar, Pakar Perubatan Kesihatan Awam serta "Pencegahan Dan Kawalan Diabetes" oleh Y.Bhg Dr. Nurul Aida binti Salleh, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Tanglin.
Ceramah ini dirangka sejajar dengan harapan untuk mencapai wawasan "Polis Sihat Masyarakat Selamat" kalangan seluruh warga PDRM antara mesej yang disampaikan oleh YDH Ketua Polis Negara.
"Program "value added" ini untuk memberi kesedaran kepada warga PDRM mengenai hubungan antara gaya hidup sihat dan pencegahan penyakit kronik serta memperkasakan warga PDRM dalam membudayakan amalan penjagaan kesihatan yang baik", tambah beliau lagi.
Turut hadir YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, timbalan Pengarah (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan LTAB), YDH Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Anggota-anggota Polis dan Kakitangan Awam.

Pendaftaran peserta ceramah

YDH SAC Hasanuddin bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) bersama YDH SAC Jalil bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian D7 (Kongsi/Judi/Maksiat) sementara menanti ketibaan YDH Pengarah Pengurusan PDRM

Booth Berhenti Merokok

Ketibaan YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM

Sesi dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fakhrur Radzi bin Shahibul Ghani, Bahagian Agama dan Kaunseling Bukit Aman

Ceramah 1 bertajuk Bahaya Merokok dan Panduan Berhenti Merokok oleh Y.Bhg Dr. Sallehudin bin Abu Bakar, Pakar Perubatan Kesihatan Awam

Antara yang hadir

Ceramah 2 bertajuk Pencegahan Dan Kawalan Diabetes oleh Y.Bhg Dr. Nurul Aida binti Salleh, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Tanglin

Penyampaian Cenderahati Kenangan