Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pembantu Rumah Dakwa Ditampar Kerana Gagal Cari Baju Anak Majikan

Published: 21 May 2015 12.49 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Klang, 21 Mei - Gara-gara gagal mencari pakaian anak majikannya, seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa ditampar sehingga cedera di bahagian telinga dan patah gigi dalam kejadian di rumah majikannya di Bandar Botanic di sini, Ahad lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pembantu-rumah-dakwa-ditampar-kerana-gagal-cari-baju-anak-majikan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:46 MYT


Klang, 21 Mei - Gara-gara gagal mencari pakaian anak majikannya, seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa ditampar sehingga cedera di bahagian telinga dan patah gigi dalam kejadian di rumah majikannya di Bandar Botanic di sini, Ahad lepas.

Pembantu rumah berusia 40 tahun itu membuat laporan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan awal mendapati dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa mendakwa ditampar beberapa kali sehingga mengalami kecederaan.

"Mangsa kemudian dibawa majikannya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk rawatan setelah dia mengalami kecederaan.

"Siasatan turut mendapati mangsa telah bekerja dengan majikannya (suspek) seorang suri rumah dan suaminya seorang ahli perniagaan kira-kira dua tahun lepas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata susulan laporan polis itu, majikan wanita berumur 48 tahun itu ditahan semalam dan direman selama dua hari sehingga esok.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

- BERNAMA

ArticlePublished 21 May 2015 12.49 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM