Article
Pembantu Kedai Ditahan Miliki Dua Senapang Angin
Jasin, 13 Nov - Polis menahan seorang pembantu kedai bersama dua laras senapang angin dalam satu rondaan pencegahan jenayah di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jas...
Jasin, 13 Nov - Polis menahan seorang pembantu kedai bersama dua laras senapang angin dalam satu rondaan pencegahan jenayah di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jasin) berhampiran Merlimau di sini.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata dalam kejadian kira-kira 1.40 petang 4 Nov lepas, dua anggota peronda polis menahan sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback bercermin gelap dinaiki lelaki berusia 32 tahun terbabit bersama seorang rakannya berusia 28 tahun.
"Rakan suspek bertindak melarikan diri ke arah kebun kelapa sawit berhampiran sebaik kenderaan mereka ditahan," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di Ibupejabat Polis Daerah Jasin di sini, hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemui dua laras senapang angin masing-masing di tepi tempat duduk pemandu dan bonet kereta selain tiga kotak peluru senjata berkenaan.
Katanya siasatan awal polis mendapati suspek membeli senapang berkenaan dengan harga RM300 selaras dari seorang lelaki berusia 50-an dari Felda Jelai 3, Gemas, Negeri Sembilan didakwa digunakan bagi memburu ayam hutan.
Muhd Nur Hishamuddin berkata ujian saringan air kencing turut mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis syabu selain mempunyai dua rekod jenayah lampau melibatkan dadah.
Katanya suspek ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.
Polis katanya kini sedang giat mengesan rakan suspek yang mempunyai lima rekod lampau membabitkan empat kes dadah dan satu kes curi.- BERNAMA