Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pembangunan Integriti Menerusi Al Quran Dan Sunnah Pdrm

Diterbitkan: 11 Jun 2014 5.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis tilawah Al-Quran ini bukan sahaja bertujuan untuk mencari seorang wakil qari dan qariah bagi mewakili Bukit Aman ke Majlis Tilawah Al-Quran peringkat PDRM kelak, tetapi juga adalah bertujuan un..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pembangunan-integriti-menerusi-al-quran-dan-sunnah-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:48 MYT

Bukit Aman , 18 Julai - "Majlis tilawah Al-Quran ini bukan sahaja bertujuan untuk mencari seorang wakil qari dan qariah bagi mewakili Bukit Aman ke Majlis Tilawah Al-Quran peringkat PDRM kelak, tetapi juga adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu bacaan Al-Quran di kalangan warga PDRM terutamanya para peserta sejajar dengan program membudayakan Al-Quran yang telah dilaksanakan beberapa tahun kebelakangan ini," ujar YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/ Counter Terrorism) PDRM, hari ini.


Mewakili Ketua Polis Negara bagi ucapan perasmian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bukit Aman 2011 di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman, beliau berkata, majlis tilawah ini juga dapat memberi manfaat kepada warga PDRM menghayati isi-isi kandungan ayat-ayat suci tersebut dan merupakan fundamental yang menjadi rujukan serta panduan penting umat manusia dalam usaha menuju kejayaan dan kecemerlangan dalam kehidupan seharian.


"Justeru, dengan penuh harapan, saya mengharapkan agar majlis tilawah ini akan membawa implikasi positif terhadap pembangunan integriti di kalangan setiap warga PDRM dan semoga usaha kita untuk membentuk PDRM menjadi agensi penguat kuasa undang-undang yang tegas, adil dan berhemah akan dapat di realisasikan," akhiri beliau seterusnya menyempurnakan perasmian majlis pada hari ini.


Majlis anjuran Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman hari ini mempertandingkan 13 peserta dari seluruh unit, cawangan dan unit-unit di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.


Majlis turut menyaksikan Insp. Mohd Tarmizi b. Abdul Satar dari Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menduduki tempat pertama kategori Qari mendahului Mohd Izani b. Ibrahim (Awam) dari Unit Udara PDRM di tempat kedua dan SI Haji Mohd Tahir bin Malik dari Kem Komandan Bukit Aman yang menduduki tempat ketiga.


Kategori Qariah pula menyaksikan SM Hajah Sa'diah bt Hj. Md Dewi dari Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mendahului Roosni Bt. Harudin (Awam) dari Jabatan Perkhidmatan Audit Bukit Aman (tempat kedua) dan Hajah Sumayyah bt Haji Mistan dari PERKEP (tempat ketiga).


Turut hadir pada hari ini, YDH P/DCP Dato' Zamri bin Yahya, Pengerusi Masjid Bukit Aman, YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Harun, Pengarah Pengurusan BAKA PDRM, YDH SAC Dato' Abd. Aziz Yusof, Ketua Trafik Pasukan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan tetamu-tetamu jemputan.

Pembangunan Integriti Menerusi Al Quran Dan Sunnah Pdrm
Ucapan pembukaan daripada YDH P/DCP Dato' Zamri bin Yahya, Pengerusi Masjid Bukit Aman.
 
Pembangunan Integriti Menerusi Al Quran Dan Sunnah Pdrm
Ucapan perasmian daripada YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/ Counter Terrorism) PDRM.

Pembangunan Integriti Menerusi Al Quran Dan Sunnah Pdrm
Antara peserta Qari yang menganbil bahagian.

Pembangunan Integriti Menerusi Al Quran Dan Sunnah Pdrm
Antara peserta Qariah yang mengambil bahagian.

Pembangunan Integriti Menerusi Al Quran Dan Sunnah Pdrm
Persembahan daripada Kumpulan Nasyid Soutul BAKA. 

Pembangunan Integriti Menerusi Al Quran Dan Sunnah Pdrm
Alinan Instrumental oleh Puan Noor Aini binti Yahya dari Cawangan Khas.

Pembangunan Integriti Menerusi Al Quran Dan Sunnah Pdrm
Sesi penyampaian hadiah kepada peserta terbaik...

Wartawan      :    L/Kpl Irfan Bujang
Jurufoto       :    L/Kpl Shahreel
Penyunting    :   F29 Siti Fatimah binti Abdul Manan

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 5.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM