Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pemantapan Unit Udara Pdrm

Diterbitkan: 11 Jun 2014 8.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Persidangan pagi ini membolehkan Pegawai-pegawai Kanan Polis, Juruterbang dan Jurutera Unit Udara Polis bertukar pendapat, menimba pengetahuan dan pendedahan luas tentang sistem pentabdiran perkhidmat..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemantapan-unit-udara-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:07 MYT

Kuala Lumpur - 30 November 2011

Unit Udara Polis Diraja Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1979. Pada 27 Disember 1979, Unit Udara Polis telah memperoleh kapal terbang jenis Cessna Stationair CU 206 G (empat buah) dan memperoleh Permit Operasi Udara pada 17 Jun 1980 oleh Jabatan Penerbangan Awam (JPA). Bermula era itu, Unit Udara Polis mula memperoleh jentera kapal terbang Pilatus Porter PC6 B2H4, (tujuh buah, 16 Julai 1986), Helikopter Ecureull AS 355 F2 (tiga buah, 21 Julai 1990), kapal terbang Cessna Caravan CE 208 (enam buah, 29 Septermber 1993), Helikopter Ecureull AS 355 N (lapan buah, 22 Julai 1997) dan kapal terbang Cessna Skyhawk 172 S (empat buah, 22 Oktober 2007).

Tertubuhnya Pangkalan Unit Udara Polis di Ipoh (3 Jun 1991), Penubuhan Pangkalan Unit Udara Polis Malaysia Timur di Kota Kinabalu (1 Disember 1991), Unit Udara Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur (1 Julai 1998) dan Penubuhan Pangkalan Unit Udara Polis Sarawak di Kuching (1 Septermber 2000) membuktikan aset udara PDRM merupakan pengganda bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan negara terus berkekalan.

Namun begitu, bagi memantapkan dan meningkatkan lagi pengalaman jurutera, perkembangan maklumat jentera moden dan pengetahuan juruterbang di dalam era baru, satu majlis Persidangan Dan Pameran Perkhidmatan Penerbangan Polis telah berlangsung di Prince Hotel, Kuala Lumpur, pagi ini.

Persidangan dihadiri oleh YDH SAC Kamarulzaman bin Md Jan, Komander Unit Udara Polis, Sungai Besi, YDH SAC Dato' Chuah Ghee Lye, Ketua Polis Melaka (mantan Komander UUP Sg. Besi), YDH SAC  Sahabudin bin Abd manan,  Ketua Penolong Pengarah (Komunikasi) Jabatan Logistik, Pegawai-pegawai Kanan Unit Udara, Pegawai Kanan Polis Bukit Aman dan Penceramah-penceramah dari negara luar.

Persidangan pagi ini membolehkan Pegawai-pegawai Kanan Polis, Juruterbang dan Jurutera Unit Udara Polis bertukar pendapat, menimba pengetahuan dan pendedahan luas tentang sistem pentabdiran perkhidmatan penerbangan polis negara luar.

Di akhir majlis, para hadirin berpeluang untuk melawat pameran di ruangan exhibitor showsace.

Pemantapan Unit Udara Pdrm
YDH SAC Kamarulzaman bin Md Jan, Komander Unit Udara Polis, Sungai Besi mewakili YDH Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan

Pemantapan Unit Udara Pdrm
Komander Unit Udara Polis, Sungai Besi menerima cenderahati kenangan daripada Laksamana Muda Sir Terry Loughran CB FRAeS, Royal Navy, United Kingdom

Pemantapan Unit Udara Pdrm
Officer Robert Price, Chief Pilot, berpendidikan Master Arts, National Security Studies dan SCUSB dengan ceramah Tactical Flight Officers (TFOs)

Pemantapan Unit Udara Pdrm
Sergeant Steve Roussell, Supervisor Air Support Division, Los Angeles Police Department, USA lulusan B.S Criminal Justice, California Lutheran University dengan ceramah Selection And Training Of Command Pilots

Pemantapan Unit Udara Pdrm
Superintendent Richard Watson, National Police Air Service, Kent Police, United Kingdom dengan ceramah Police Air Operation In The United Kingdom - Changing time...

Pemantapan Unit Udara Pdrm
Dr. Dudley Crosson, Aeromedical Liaison, ALEA (Airborne Law Enforcement Association, USA membawa ceramah Laser Strike Effects On The Flight Crew

Pemantapan Unit Udara Pdrm
Dari kiri.. YDH SAC Dato' Chuah Ghee Lye, Ketua Polis Melaka (mantan Komander UUP Sg. Besi), YDH SAC Kamarulzaman bin Md Jan, Komander Unit Udara Polis, Sungai Besi dan YDH SAC  Sahabudin bin Abd manan,  Ketua Penolong Pengarah (Komunikasi) Jabatan Logistik

Pemantapan Unit Udara Pdrm
Pemantapan Unit Udara Pdrm
Pemantapan Unit Udara Pdrm

Pemantapan Unit Udara Pdrm
Antara yang hadir

Pemantapan Unit Udara Pdrm
Antara penceramah-penceramah pagi ini

Sesi soal jawab
Pemantapan Unit Udara Pdrm
Pemantapan Unit Udara Pdrm
Pemantapan Unit Udara Pdrm
Pemantapan Unit Udara Pdrm

Pemantapan Unit Udara Pdrm
Pemantapan Unit Udara Pdrm
Pemantapan Unit Udara Pdrm
Bertukar pendapat semasa ruangan refreshment break and networking


Pameran di ruangan exhibitor showsace
Pemantapan Unit Udara Pdrm
Pemantapan Unit Udara Pdrm
Pemantapan Unit Udara Pdrm
Pemantapan Unit Udara Pdrm
Pemantapan Unit Udara Pdrm
Pemantapan Unit Udara Pdrm
Pemantapan Unit Udara Pdrm
Pemantapan Unit Udara Pdrm

Pemantapan Unit Udara Pdrm
Bergambar kenangan bersama penganjur majlis


Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 8.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM