Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pemandu Yang Didakwa Sebabkan Tiga Kematian Di Lpt2 Ditahan Selama 24 Jam

Diterbitkan: 01 Oct 2015 11.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kemaman, 1 Okt- Pemandu kereta Honda Civic yang didakwa merempuh tiga kakitangan sebuah Institusi Kewangan di kilometer 313.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) sebelum susur keluar Plaza Tol Kijal, di sini pada Isnin telah ditahan reman selama 24 jam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemandu-yang-didakwa-sebabkan-tiga-kematian-di-lpt2-ditahan-selama-24-jam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:30 MYT

Kemaman, 1 Okt- Pemandu kereta Honda Civic yang didakwa merempuh tiga kakitangan sebuah Institusi Kewangan di kilometer 313.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) sebelum susur keluar Plaza Tol Kijal, di sini pada Isnin telah ditahan reman selama 24 jam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya juga telah merakam percakapan pemandu yang berusia 25 tahun dari Kelantan itu bagi siasatan lanjut berhubungan kemalangan itu.

"Kita telah menahannya selama 24 jam bagi merakam percakapan dan keterangan lanjut daripadanya sebelum dia dibebaskan dengan jaminan polis," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, dua wanita dan seorang lelaki maut setelah dirempuh sebuah kenderaan ketika menunggu bantuan kecemasan selepas terlibat dalam kemalangan.

Ekoran daripada rempuhan itu, Azuddin Deraman @ Muda, 45, Siti Nur Alifah Md Yusuf, 27 dan Tan Lee Lee, 47, terbunuh di tempat kejadian akibat kecederaan parah di anggota badan dan kepala.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas Toyota Vios yang dinaiki Siti Nur Alifah dan Tan itu hilang kawalan dan merempuh besi penghadang jalan.

Susulan kejadian itu, kedua-dua mangsa keluar dari kenderaan itu dan duduk di bahu jalan sebelum satu lagi kemalangan membabitkan kereta Hyundai Getz yang dipandu Azuddin telah melanggar bahagian belakang kereta Proton Waja tidak jauh dari lokasi kejadian.

Azuddin kemudian tidak lama kemudiannya memberi pertolongan kepada Siti Nur Alifah dan Tan, namun sejurus selepas itu, sebuah kereta Honda Civic telah terbabas ke kiri bahu jalan lalu merempuh ketiga-tiga mereka yang berada di tepi jalan.

Menurutnya hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas pemandu terbabit mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah.

Sementara itu di BESUT, seorang pelajar tingkatan tiga dan seorang penyelia projek di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) maut di tempat kejadian apabila motosikal yang ditunggang masing-masing bertembung di Jalan Padang Tapong dekat Padang Buluh, Hulu Besut kira-kira pukul 7 malam semalam.

Kedua-dua mangsa yang berasal dari Jerteh di sini dikenali sebagai Adli Haziq Mohamad Nasir, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelagat, Jerteh manakala seorang lagi dikenali sebagai Che Muhamad Amirudin Che Ismail, 22, dari
Kampung Padang Luas Dalam, Jerteh di sini.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata kemalangan itu berlaku apabila motosikal yang ditunggangi oleh Adli Haziq telah hilang kawalan hingga masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung secara berdepan dengan motosikal yang sedang ditunggani oleh Che Muhammad Amiruddin.

Kedua-dua mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 01 Oct 2015 11.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM