Sindiket Edar Dadah Warga Afrika Tumpas
Kuala Lumpur, 1 Oktober- Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang didalangi warga Afrika di empat lokasi berbeza termasuk di ibu kota, pagi tadi.
Seramai 12 orang ahli sindiket ditahan dalam serbuan yang dilakukan di Pelabuhan Klang dan Cyberjaya di Selangor serta di Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Polis turut merampas 12 kilogram dadah jenis syabu, heroin dan cocaine.
Kejayaan ini disahkan oleh Ketua Polis Negara dalam laman Facebook Page dan Twitter rasmi beliau sebentar tadi.