Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pemandu Rempuh Atlet Berbasikal Negara Sudah Dituduh Di Mahkamah

Diterbitkan: 08 Sep 2017 9.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Selangor 8 Sept. 2017 - Seorang pemandu pacuan empat roda yang mengakibatkan kemalangan pelumba basikal lebuh raya para negara Sukan Para ASEAN hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemandu-rempuh-atlet-berbasikal-negara-sudah-dituduh-di-mahkamah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:21 MYT

Kuala Selangor 8 Sept. 2017 - Seorang pemandu pacuan empat roda yang mengakibatkan kemalangan pelumba basikal lebuh raya para negara Sukan Para ASEAN hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini.

Bagaimanapun, tertuduh, Anuar Wahab,46 yang memakai t-shirt berwarna putih dan berseluar hitam mengaku tidak bersalah selepas jurucakap mahkamah membacakan pertuduhan dihadapan Majistret Abdul Jalil Salam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan peniaga makanan didapati memandu kenderaan dengan merbahaya kepada orang awam sehingga mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Kilometer 12.5, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar), dekat sini, kira-kira pukul 10.45 pagi semalam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika disabitkan bersalah boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda maksimum RM15,000.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah V.M. Abdul Latif manakala tertuduh diwakili peguam, M Saravanan.

Sumber: Utusan Online

ArtikelDiterbitkan 08 Sep 2017 9.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM