Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kerja Nelayan Tetapi Part Time Perogol Pelancong Asing

Diterbitkan: 08 Sep 2017 9.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Selepas lima hari diburu, seorang lelaki yang merogol pelancong wanita warga New Zealand ditahan polis di rumahnya di Bayan Lepas, awal pagi hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kerja-nelayan-tetapi-part-time-perogol-pelancong-asing
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 08:17 MYT

Selepas lima hari diburu, seorang lelaki yang merogol pelancong wanita warga New Zealand ditahan polis di rumahnya di Bayan Lepas, awal pagi hari ini.

Lelaki berusia 28 tahun dan bekerja sebagai nelayan itu ditahan 1.30 pagi selepas polis mengesan nombor pendaftaran motosikal ditunggangnya melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian 11.45 pagi Ahad lalu, mangsa yang berusia 26 tahun sedang berjalan pulang ke inap desa yang disewa sebelum dihampiri lelaki itu yang menarik tangan dan merogolnya di tepi jalan di Tanjung Bungah, Georgetown.

Menurut sumber, mangsa datang bercuti ke negeri ini bersama teman lelakinya sejak sebulan lalu kerana mempunyai urusan perniagaan.

"Sebelum kejadian, mangsa bersama teman lelakinya keluar berhibur namun mereka bergaduh dan mangsa ditinggalkan teman lelakinya di pub di kawasan bandar.

"Mangsa kemudian menaiki bas dan turun di kawasan berhampiran pantai untuk menenangkan diri," katanya.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian berjalan pulang namun dia ditarik penjenayah yang kemudian merogolnya di tepi jalan.

"Mangsa tidak berdaya melawan kerana dia dalam keadaan mabuk namun sempat menjerit meminta pertolongan.

"Ada beberapa saksi melihat kejadian itu namun mereka menyangkakan perogol dan mangsa adalah pasangan kekasih," katanya.

Menurutnya, mujur seorang penduduk sebuah kondominium berhampiran melihat dan menjerit ke arah mereka hingga membuatkan penjenayah melarikan diri.

"Lokasi terbabit memang agak sunyi dan jalan itu kurang dilalui pengguna jalan raya namun dilengkapi CCTV.

"Polis berjaya mengesan dan menahan perogol selepas meneliti nombor pendaftaran motosikalnya melalui CCTV," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.

Menurutnya, suspek direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

ArtikelDiterbitkan 08 Sep 2017 9.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM