Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pemandu Lori Terkejut Punyai 13 Waran Tangkap Kesalahan Trafik

Published: 22 May 2015 8.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 22 Mei - Seorang pemandu lori terkejut selepas semakan polis mendapati dia mempunyai 13 waran tangkap atas pelbagai kesalahan trafik ketika pemeriksaan dalam sekatan jalan raya di Jalan Kuantan-Sungai Lembing di sini, yang bermula pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemandu-lori-terkejut-punyai-13-waran-tangkap-kesalahan-trafik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:12 MYT


Kuantan, 22 Mei - Seorang pemandu lori terkejut selepas semakan polis mendapati dia mempunyai 13 waran tangkap atas pelbagai kesalahan trafik ketika pemeriksaan dalam sekatan jalan raya di Jalan Kuantan-Sungai Lembing di sini, yang bermula pagi tadi.

Semasa ditahan, lelaki berusia 30 tahun itu memberitahu polis bahawa dia hanya memiliki tujuh waran tangkap namun semakan mendapati dia sebenarnya memiliki lebih daripada itu selain 30 saman tertunggak.

Pemandu lori yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu antara enam lelaki yang ditahan kerana memiliki dua hingga 13 waran tangkap dalam Op Warta Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik IPK Pahang Supt Mohamad Noor Yusof Ali, operasi yang dijalankan serentak di tiga lokasi berbeza sepanjang Jalan Kuantan-Sungai Lembing.

"Tumpuan kali ini kepada pemandu lori memandangkan di kalangan mereka yang paling banyak melakukan kesalahan jalan raya dan ia terbukti dengan penahanan pemandu yang mempunyai waran tangkap ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi sama sebanyak 36 saman dikeluarkan kepada pemandu lori yang melakukan pelbagai kesalahan selain lori muatan tanah diserahkan kepada pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk pemeriksaan lanjut.

"Sepanjang operasi ini, pemandu yang mempunyai waran tangkap cuba berdalih dengan memberi alasan tidak menerima sebarang surat berkaitan atau lupa mereka memiliki saman tertunggak namun alasan itu tidak logik kerana pelbagai kemudahan disediakan untuk tujuan itu.

"Pemeriksaan saman boleh dilakukan melalui perkhidmatan elektronik yang disediakan selain mengunjungi balai atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) di kawasan masing-masing," katanya.

Mohamad Noor turut menasihati pemandu lori supaya lebih berhemah ketika berada di jalan raya selain mengambil berat mengenai keadaan keselamatan lori mereka.

- BERNAMA

ArticlePublished 22 May 2015 8.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM