Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pemandu Lori Maut Dirempuh Treler Di Gopeng

Diterbitkan: 11 Aug 2016 6.34 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.25 PM
Ipoh, 11 Ogos - Seorang pemandu lori maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh sebuah treler di KM310.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala Selatan dekat Gopeng, awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemandu-lori-maut-dirempuh-treler-di-gopeng
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:46 MYT

Ipoh, 11 Ogos - Seorang pemandu lori maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh sebuah treler di KM310.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala Selatan dekat Gopeng, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata kejadian kira-kira 4.25 pagi itu menyebabkan Muhammad Fahmi Abdon @ Lazim, 35, meninggal dunia di tempat kejadian manakala kelindannya, Muhammad Rizal Nordin, 22, serta Muhammad Rasyidi Hussin, 20, mengalami kecederaan.

Bagaimanapun pemandu treler, Zulhilmi Mat Nasir, 25, tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Hasil siasatan awal mendapati pemandu treler yang dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Kuala Lumpur melanggar bahagian belakang sebuah lori tiga tan.

"Akibat kemalangan itu, kesemua mangsa tersepit dalam kenderaan terbabit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ng berkata mayat mangsa yang berasal dari Sungai Bakap, Pulau Pinang dibawa ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat manakala kedua-dua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, Jurucakap Bomba dan Penyelamat Gopeng dalam kenyataan berkata sebuah jentera bomba dikerahkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira 4.35 pagi.

Menurut kenyataan itu, sebaik tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati seorang lelaki yang memandu lori tiga tan dan kelindannya tersepit manakala seorang lagi kelindan berjaya dikeluarkan orang awam.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 11 Aug 2016 6.34 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.25 PM