Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Sekeluarga Maut Kereta Bertembung Lori Di Kuala Terengganu

Diterbitkan: 11 Aug 2016 6.31 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.25 PM
Kuala Terengganu, 11 Ogos - Empat sekeluarga maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Kampung Bukit Nanas berhadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas, di sini, awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-sekeluarga-maut-kereta-bertembung-lori-di-kuala-terengganu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:12 MYT

Kuala Terengganu, 11 Ogos - Empat sekeluarga maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Kampung Bukit Nanas berhadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas, di sini, awal pagi tadi.

Dalam insiden kira-kira 1 pagi itu menyebabkan mangsa, Mustapha Abdullah, 56, yang duduk di bahagian penumpang hadapan kereta Proton Saga FLX dan anaknya Azman Mustapha, 32, penumpang belakang maut di tempat kejadian.

Dua lagi mangsa yang maut dikenali Mohd Sabri Ngah, 48, dan pemandu Alif Faizal Ibrahim @Ismail, 26, juga merupakan saudara kepada Mustapha.

Nahas itu dipercayai berlaku selepas lori tiga tan yang dipandu seorang lelaki dari arah Kampung Tepoh menghala ke Wakaf Mesira memasuki laluan bertentangan.

Namun jarak yang terlalu dekat menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut gagal mengelak sebelum bertembung secara berdepan.

Susulan kejadian itu menyebabkan kesemua mangsa yang menaiki Proton Saga berkenaan yang beralamat di Kampung Seberang Takir, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala dan anggota badan.

Sepasukan anggota Bomba turut dikejarkan ke lokasi nahas, dan mengambil masa kira-kira 30 minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk masing-masing.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Supt Shahrum Hashim ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian.

Katanya pemandu lori yang berusia 46 tahun itu yang tidak mengalami kecederaan ditahan untuk siasatan lanjut dan untuk ujian saringan air kencing.

Beliau berkata kesemua mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 11 Aug 2016 6.31 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.25 PM