Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pemandu Lari Tinggalkan Ketum

Diterbitkan: 17 Jun 2014 12.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Gerakan Marin Kelantan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 63kg daun ketum yang cuba diseludup dari negara jiran...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemandu-lari-tinggalkan-ketum
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:59 MYT

Tumpat-Pasukan Gerakan Marin Kelantan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 63kg daun ketum yang cuba diseludup dari negara jiran. Rampasan dilakukan di Jalan Kasban, Pangkalan Kubor Tumpat. Didalam kejadian tersebut, anggota PGM cuba memeriksa sebuah motokar jenis pick up yang menggunakan no pendaftaran negara jiran namun pemandunya telah memecut kenderaan tersebutdan melarikan diri. 

Setelah lebih kurang 15 minit mengesan kenderaan tersebut, akhirnya anggota PGM berjaya menemui kenderaan tersebut tanpa pemandu yang telah ditinggalkan. Hasil pemeriksaan teliti, telah menjumpai sejumlah 63kg daun ketum yang disembunyikan di beberapa ruangan dalam kenderaan tersebut. Nilai rampasan dianggarkan RM66,300.00.

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 12.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM