Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pemandu Kelindan Lori Direman Bantu Siasatan Kemalangan Maut

Diterbitkan: 14 Dec 2017 3.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Batu Gajah, 14 Dis 2017 - Seorang pemandu dan kelindan lori direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa termasuk pegawai khas kepada exco kerajaan negeri Perak, di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali, Parit semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemandu-kelindan-lori-direman-bantu-siasatan-kemalangan-maut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:36 MYT


Batu Gajah, 14 Dis 2017 - Seorang pemandu dan kelindan lori direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa termasuk pegawai khas kepada exco kerajaan negeri Perak, di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali, Parit semalam.

Perintah reman sehingga 17 Dis itu dikeluarkan Majistret Batu Gajah Mohd Fitri Sadarudin di sini, hari ini.

Pemandu lori berusia 25 dan kelindan 27 tahun itu ditahan mengikut Seksyen­ 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara berbahaya dan mendatangkan bahaya kepada orang awam.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang berpakaian lokap berwarna ungu itu tiba di mahkamah pada 9.10 pagi dengan diiringi dua anggota polis.

Semalam, Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan hasil ujian urin kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi semalam, Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzudin, 35, isterinya Norhaslina Abdul Razak, 27, dan adiknya Nor Azira, 24, maut di tempat kejadian.

Ahmad Nor Al-Zaidin adalah pegawai khas Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Saga dipandu Ahmad Nor Al-Zaidin dari arah Kampung Gajah ke Teluk Intan bertembung dengan lori terbabit sebelum terseret sejauh 10 meter dan terhumban ke dalam tali air. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 14 Dec 2017 3.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM