Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Beranak Subahat Bunuh Budak

Diterbitkan: 14 Dec 2017 3.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Petaling Jaya, 14 Disember 2017 ­ Seorang ibu dan anak­nya berhadapan denda RM20,000 dan penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mendera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-beranak-subahat-bunuh-budak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:33 MYT


Petaling Jaya, 14 Disember 2017 ­ Seorang ibu dan anak­nya berhadapan denda RM20,000 dan penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mendera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Bagaimanapun, Hakim Azwarnida Affandi menetapkan tarikh 26 Januari depan untuk laporan perubatan dan bedah siasat sebelum menjatuhkan hukuman terhadap Norhayati Bidin, 61, dan anaknya, Norasmahwati Tar Mohmad, 32.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama sebagai penjaga kepada kanak-kanak perempuan berusia empat tahun sembilan bulan telah melakukan penderaan fizikal dan bertindak secara cuai ke atas kanak-kanak tersebut.

Kedua-dua beranak yang tidak bekerja itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Tingkat 1, Blok 3, Jalan 8/14, Bandar Sunway di sini antara Disember 2015 dan 2 Disember 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara yang boleh sampai 10 tahun atau kedua-dua­nya jika sabit kesalahan.

Sumber: Kosmo
ArtikelDiterbitkan 14 Dec 2017 3.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM