Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pemakaian Pangkat Pengarah Pengurusan Dan Pengarah Logistik Pdrm

Published: 09 Jun 2014 3.33 AM Updated: 15 Aug 2026 7.47 PM
YDH DCP Dato' Abdul Razak bin Bokhari, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman telah dilantik menjawat..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pemakaian-pangkat-pengarah-pengurusan-dan-pengarah-logistik-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:45 MYT

Bukit Aman - Majlis Pemakaian Pangkat Pengarah Pengurusan dan Pengarah Jabatan Logistik PDRM telah disempurnakan oleh YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.

Hadir sama dimajlis tersebut, YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM dan Datin-Datin, Timbalan-Timbalan Pengarah dan isteri, YDH Pesuruhjaya Polis dan Ketua-Ketua Polis Negeri  serta isteri, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Ahli-ahli PERKEP serta wakil-wakil media.

YDH DCP Dato' Abdul Razak bin Bokhari, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman telah dilantik menjawat jawatan Pengarah Pengurusan PDRM dengan memangku pangkat CP sementara YDH DCP Dato' Mahsuri bin Zainal, Timbalan Pengarah I, Jabatan Logistik Bukit Aman telah dilantik Pengarah Jabatan Logistik dengan memangku pangkat CP.  Jawatan dan pangkat pemangkuan berkuatkuasa mulai tarikh serah menyerah tugas pada 8 Januari 2008.

Pemakaian Pangkat Pengarah Pengurusan Dan Pengarah Logistik Pdrm
Pemakaian Pangkat...YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan memakaikan pangkat Komisioner Polis ( CP ) kepada YDH DCP Dato' Abdul Razak bin Bokhari, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman yang telah dilantik menjawat jawatan Pengarah Pengurusan PDRM

Pemakaian Pangkat Pengarah Pengurusan Dan Pengarah Logistik Pdrm
YDH DCP Dato' Mahsuri bin Zainal, Timbalan Pengarah I, Jabatan Logistik Bukit Aman telah dilantik Pengarah Jabatan Logistik dengan memangku pangkat CP. 

ArticlePublished 09 Jun 2014 3.33 AMUpdated 15 Aug 2026 7.47 PM