?2 TAHUN JADI HAMBA : Tiga wanita India terpaksa menanggung azab selama dua tahun apabila dijadikan seperti hamba ketika dikerah bekerja tanpa gaji di sebuah ladang ternakan dan tanaman sebelum diselamatkan polis yang menyerbu kawasan tersebut di Gopeng, Perak baru-baru ini.
Sepasukan polis dari Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang menyerbu ladang tersebut pada 12 September lalu mendapati kesemua mangsa sedang bekerja dalam keadaan tertekan dan daif.
Keempat-empat suspek yang terlibat kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 13 Akta ATIP dan Akta Penyeludupan Migran 2007.
Sumber : Akhbar Kosmo
