Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis 3 Negara Tumpaskan Macau Scam

Diterbitkan: 16 Jun 2014 8.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
MACAU SCAM TUMPAS DALAM TANGAN POLIS 3 NEGARA : Kerjasama erat polis tiga negara iaitu Malaysia, Taiwan dan China membuahkan hasil apabila satu sindiket penipuan antarabangsa digelar 'Macau Scam' yang..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-3-negara-tumpaskan-macau-scam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:03 MYT

MACAU SCAM TUMPAS DALAM TANGAN POLIS 3 NEGARA : Kerjasama erat polis tiga negara iaitu Malaysia, Taiwan dan China membuahkan hasil apabila satu sindiket penipuan antarabangsa digelar 'Macau Scam' yang mengaut keuntungan berbilion ringgit berjaya ditumpaskan. 

Serbuan polis di dua lokasi berbeza melibatkan sebuah kondominium dan sebuah premis perniagaan di Kuala Lumpur semalam berjaya membawa kepada penahanan empat warga Taiwan iaitu tiga lelaki dan seorang wanita yang berusia di antara 20 hingga 31 tahun. 

Polis turut merampas 6 komputer riba, 20 telefon bimbit, 199 peranti storan media (pendrive), dan 159 kad mesin juruwang automatik (ATM) dari beberapa bank di China.

Serbuan kedua di sebuah premis perniagaan di Bayan Baru dilakukan pukul 1.15 petang hari yang sama tanpa sebarang tangkapan kecuali penemuan alat kelengkapan telekomunikasi. 

Polis sedang memburu kesemua petugas sindiket yang masih bebas dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sumber : Akhbar Utusan Malaysia


Polis 3 Negara Tumpaskan Macau Scam
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 8.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM