Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pelancaran Setem Kenangan Sempena 200 Tahun Pasukan Polis

Published: 09 Jun 2014 2.17 AM Updated: 15 Aug 2026 7.50 PM
Bukit Aman - 24 Julai 2007 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bekerjasama dengan Pos Malaysia Berhad untuk menghasilkan Setem Kenangan 200 Tahun Pasukan Polis. Majlis pelancaran ini telah disempurna..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelancaran-setem-kenangan-sempena-200-tahun-pasukan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:53 MYT

Bukit Aman-24 Julai 2007- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bekerjasama dengan Pos Malaysia Berhad untuk menghasilkan Setem Kenangan 200 Tahun Pasukan Polis. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abd. Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara dan majlis tersebut telah diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.

Turut hadir ialah Tan Sri Adam bin Kadir, Pengerusi Pos Malaysia Berhad, Pengarah-pengarah Jabatan PDRM, Pegawai-pegawai kanan Pos Malaysia Berhad, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, anggota dan kakitangan awam PDRM serta wakil-wakil media.

"Pos Malaysia Berhad sentiasa memberi sokongan terhadap usaha dan langkah-langkah yang telah diambil oleh PDRM, terutamanya untuk menghasilkan setem kenangan yang direalisasikan ini. Ianya juga membuktikan bahawa Pos Malaysia Berhad seiring dengan PDRM dalam mewujudkan satu lagi khazanah nasional yang akan menjadi tatapan dan kenangan kepada seluruh rakyat di negara ini." Demikianucapan YDH Tan SriMohd Najib bin Abd. Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara.

"Saya juga yakin seluruh rakyat Malaysia, sama sekali tidak akan melupakan jasa dan pengorbanan pegawai dan anggota polis yang telah berkorban jiwa dan raganya sehingga negara kita mencapai kemerdekaan, kekal aman dan sejahtera hampir 50 tahun lamanya." Tambah YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abd. Aziz.

Majlis pelancaran ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata kenangan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih oleh YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abd. Aziz kepada Tan Sri Adam Kadir.

Pelancaran Setem Kenangan Sempena 200 Tahun Pasukan Polis
YDH Tan Sri Mohd Najib Bin Abd. Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara menunjukkan ketiga-tiga jenis setem yang dilancarkan Sempena 200 Tahun Pasukan Polis sambil diperhatikan oleh Tan Sri Adam bin Kadir, Pengerusi Pos Malaysia Berhad dan YDH Dato' Ismail Bin Haji Omar, Pengarah Pengurusan PDRM.

ArticlePublished 09 Jun 2014 2.17 AMUpdated 15 Aug 2026 7.50 PM