Kejohanan Bina Badan Ke 38 Peringkat Kebangsaan 2007 Mr Malaysia
Kota Kinabalu - 29 Julai 2007. Peringkat Akhir Kejohanan Bina Badan Ke-38 Peringkat Kebangsaan 2007 (Mr. Malaysia) telah di adakan di Dewan Hongkod Koisaan KDCA Penampang. Kejohanan ini adalah anjuran bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dengan Persatuan Bina Badan Amatur Sabah. Kejohanan berlangsung dari 25 hingga 29 Julai 2007.
Pasukan Polis Diraja Malaysia muncul Juara Keseluruhan apabila memungut 101 mata satelah mendapat lima pingat emas , satu perak dan satu gangsa, diikuti pasukan Angkatan Tentera Malaysia yang berjaya mengutip 83 mata melalui pungutan satu emas, dua perak dan dua gangsa. Sementera itu Pasukan Kuala Lumpur yang mengutip 51 mata melalui dua pingat emas dan satu perak menduduki tempat ketiga dalam kejohanan tersebut.
Lima pingat emas PDRM disumbangkan oleh Othman Yahya dalam kategori Lightheavy, Mohayan Rosmani (Middleweight)Azahar Mohamad (Welterweight), Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah ( Lightweight) dan Tun Jahfar Abd. Rahim (Flyweight). Pingat perak pula diperolehi daripada Ismadi Riji dalam kategori Heavyweight dan gangsa melalui Wan Md. Hazualdi Wan Hussin dalam kategori Bantamweight.

Pasukan Bina Badan Polis Diraja Malaysia yang berjaya merangkul lima pingat emas, satu perak dan satu gangsa serta mengekalkan Juara Keseluruhan dalam Kejohanan Bina Badan Ke-38 Peringkat Kebangsaan 2007 (Mr. Malaysia).
Berdiri dari kiri...Othman Yahya, Wan Md. Hazualdi Wan Hussin, Wan Man Wan Ibrahim, C/Insp Ghazali Yunos (Pengurus Pasukan), Suhaimi Mohd. Akhir (Hakim), Azahar Mahamad, Anuar Mamat (Hakim) dan Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah.
Duduk dari kiri...Tun Jahfar Abd. Rahim, Wong Langit, Sazali Samad (Mr. Universe tiga kali), Ismadi Riji dan Murugan a/l Gananam.