Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pelancaran Op Selamat 9 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2016

Published: 28 Jun 2016 7.22 AM Updated: 15 Aug 2026 7.25 PM
Shah Alam, 28 Jun – Utamakan aspek keselamatan dan jangan mementingkan diri ketika kesesakan lalu lintas tegas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Acryl Sani Haji Abdullah Sani ketika merasmikan OP Selamat Sembilan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam di sini hari ini. Beliau dalam sesi sidang media berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus komited memberi kesedaran serta memupuk nilai-nilai murni kepada pengguna jalan raya termasuk Op Perangkap Had Laju di kawasan yang seringkali berlaku kemalangan jalan-raya agar keselamatan pemandu dapat diberi keutamaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelancaran-op-selamat-9-sempena-hari-raya-aidilfitri-2016
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:49 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp Asiff Jamaluddin

Shah Alam, 28 Jun – Utamakan aspek keselamatan dan jangan mementingkan diri ketika kesesakan lalu lintas tegas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Acryl Sani Haji Abdullah Sani ketika merasmikan OP Selamat Sembilan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam di sini hari ini.

Beliau dalam sesi sidang media berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus komited memberi kesedaran serta memupuk nilai-nilai murni kepada pengguna jalan raya termasuk Op Perangkap Had Laju di kawasan yang seringkali berlaku kemalangan jalan-raya agar keselamatan pemandu dapat diberi keutamaan.

OP Selamat Sempena Hari Raya Aidilfitri Sembilan akan mula berkuatkuasa esok dan berakhir pada 13 Julai depan. Dengan mengekalkan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’, PDRM turut memberi tumpuan kepada penurunan kadar jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan nanti.

“Maklum kepada pihak polis melalui Borang Maklumat Balik Kampung yang boleh diperolehi di balai polis berdekatan, Portal Rasmi PDRM atau Sistem SMS Rakan COP”, tambah Pengarah JPJKK lagi.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa, Rektor UiTM Cawangan Selangor, Profesor Dr. Haji Zaini Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, SAC Dato’ Mahamad Akhir Darus, Pegawai-pegawai Jabatan dan Agensi, Warga UiTM dan rakan media.

_MG_1006
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Acryl Sani Haji Abdullah Sani melekatkan sitcker penempatan lokasi subtek 

ArticlePublished 28 Jun 2016 7.22 AMUpdated 15 Aug 2026 7.25 PM