Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Serlah Kerjasama Erat Polis Media

Diterbitkan: 28 Jun 2016 11.18 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.25 PM
Johor Bahru: Penyerahan Kotak Rezeki menerusi program‪#‎HMKotakRezeki‬ 2016 di sekitar daerah ini diteruskan lagi dengan memilih Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam sebagai lokasi penyerahan seterusnya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/serlah-kerjasama-erat-polis-media
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:57 MYT


Johor Bahru: Penyerahan Kotak Rezeki menerusi program
‪#‎HMKotakRezeki‬ 2016 di sekitar daerah ini diteruskan lagi dengan memilih Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam sebagai lokasi penyerahan seterusnya.

Sebanyak 50 Kotak Rezeki mengandungi pek makanan diserahkan wartawan Harian Metro (HM), Izlalily Nurul Ain kepada Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintan Jokhiri Abd Aziz.

"Terima kasih atas sumbangan diberikan dan berkongsi rezeki dengan pegawai serta anggota polis yang bertugas ketika waktu berbuka puasa.

“Ini menunjukkan Harian Metro menghargai jasa polis yang menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan orang ramai tanpa mengira waktu dan tempat.

"la menunjukkan kerjasama erat media, khususnya HM dan polis," katanya ketika penyerahan Kotak Rezeki di IPD Seri Alam, di sini, semalam.

Sumber: Harian Metro

Serlah Kerjasama Erat Polis Media

ArtikelDiterbitkan 28 Jun 2016 11.18 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.25 PM