Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pelancaran Klip Video Pdrm Terbilang Di Dunia

Published: 09 Jun 2014 1.12 AM Updated: 15 Aug 2026 7.50 PM
Pelancaran Klip Video ''PDRM Terbilang Di Dunia'' kerjasama RTM dan PDRM, telah disempurnakan oleh Datuk Seri Zainuddin Maidin, Menteri Penerangan Malaysia di Foyer TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelancaran-klip-video-pdrm-terbilang-di-dunia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:58 MYT

Kuala Lumpur-12 Mac 2007. Pelancaran Klip Video ''PDRM Terbilang Di Dunia'' kerjasama RTM dan PDRM, telah disempurnakan oleh Datuk Seri Zainuddin Maidin, Menteri Penerangan Malaysia di Foyer TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Klip Video tujuh episod selama lima minit itu akan ditayang ketika rancangan Galeri Perdana RTM1 dan akan disiarkan selama dua minggu setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis mulai 13 Mac 2007 jam 8.30 malam. Turut hadir pada majlis itu ialah Tan Sri Musa bin Dato' Hj Hassan Ketua Polis Negara, Dato' Mohd Najib Abdul Aziz Timbalan Ketua Polis Negara dan Dato' Hj Abdul Rahman Hamid Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia. Majlis pelancaran Klip Video ''PDRM Terbilang di Dunia'' itu turut disiarkan secara langsung oleh RTM1.


Pelancaran Klip Video Pdrm Terbilang Di Dunia

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa bin Dato' Hj Hassan menyerahkan cakera padat klip video ''PDRM Terbilang Di Dunia'' kepada Datuk Seri Zainuddin Maidin, Menteri Penerangan Malaysia pada majlis pelancaran klip video tersebut.

ArticlePublished 09 Jun 2014 1.12 AMUpdated 15 Aug 2026 7.50 PM