Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

World Police Fire Games 2007

Diterbitkan: 09 Jun 2014 1.10 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.50 PM
Seramai 100 orang atlit termasuk pegawai sukan akan menyertai 10 acara sukan yang akan bermula 18 Mac hingga 27 Mac 2007 di Adelaide, Australia..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/world-police-fire-games-2007
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:06 MYT

PULAPOL Kuala Lumpur - 8 Mac 2007. Seramai 100 orang atlit termasuk pegawai sukan akan menyertai 10 acara sukan yang akan bermula 18 Mac hingga 27 Mac 2007 di Adelaide,  Australia . Majlis penyerahan bendera Sang Saka Biru telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan, Ketua Polis Negara kepada YDH SAC 1 Dato' Hamzah Samsudin, Chef de Mission Kontinjen PDRM. Pada majlis tersebut juga, Dato' M. Jayabarathi, CEO MCIS Zurich Insurance Bhd telah menyumbangkan tajaan perlindungan insuran sejumlah RM 5 juta kepada kontinjen PDRM. Hadir sama ialah YDH Dato' Mohd Amir Sulaiman, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM bersama-sama pegawai-pegawai  kanan PDRM.

World Police Fire Games 2007

Kontinjen PDRM..YDH Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan, Ketua Polis Negara dan YDH Dato' Mohd Najib Abd Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara bergambar kenangan bersama kontinjen PDRM yang akan memberi cabaran pada temasya Sukan World Police & Fire Games 2007 di Adelaide, Australia.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 1.10 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.50 PM