Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pelajar Tahfiz Cedera Dirotan Ustaz

Published: 16 May 2015 9.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Setiu, 16 Mei- Seorang pelajar Tahfiz cedera di bahagian belakang badan selepas dirotan beberapa kali oleh seorang tenaga pengajar dalam kejadian di Penarik, Setiu, Khamis lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelajar-tahfiz-cedera-dirotan-ustaz
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:58 MYT

Setiu, 16 Mei- Seorang pelajar Tahfiz cedera di bahagian belakang badan selepas dirotan beberapa kali oleh seorang tenaga pengajar dalam kejadian di Penarik, Setiu, Khamis lepas.

Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, mangsa berusia 15 tahun itu mengalami kesan lebam dan berdarah pada belakang badan akibat dipukul tenaga pengajar bergelar ustaz tersebut.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab. Rahman Raja Mohamad berkata susulan laporan tersebut, pihaknya telah merakamkan percakapan mangsa dan gambar kecederaan yang dialami mangsa turut dirakam.

"Kita juga telah ke pusat Tahfiz berkenaan untuk mengesan barang kes serta ustaz tersebut dan siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya pelajar berkenaan telah dihantar ke Hospital Setiu untuk menerima rawatan dan kes disiasat dibawah seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Insiden tersebut dipercayai berpunca selepas mangsa telah pergi menunaikan solat Subuh di sebuah masjid berhampiran pusat pengajian mereka dan gagal hadir ke kelas Al-Quran pagi tersebut.

Bagaimapun sebaik mangsa tiba di pusat pengajian tersebut, ustaz terbabit bertindak merotan mangsa di hadapan pelajar yang lain.

Pelajar, yang berasal dari Kampung Tok Jiring itu, baru tiga bulan menuntut ilmu di pusat tahfiz tersebut.- BERNAMA

ArticlePublished 16 May 2015 9.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM