Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pelajar Nigeria Seludup Syabu

Published: 17 Jun 2014 1.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
SHAH ALAM: Seorang ibu tunggal dari Iran dan seorang penuntut rakyat Nigeria di tahan selepas tiba di negara ini melalui udara kerana cuba menyeludup dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM850,000...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelajar-nigeria-seludup-syabu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:14 MYT

SHAH ALAM: Seorang ibu tunggal dari Iran dan seorang penuntut rakyat Nigeria di tahan selepas tiba di negara ini melalui udara kerana cuba menyeludup dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM850,000.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor Supt Abdul Razak Md Zin berkata dalam kes pertama, wanita Iran itu membawa dadah yang disorok di dalam bengkung dipinggangnya ketika ditahan pada Khamis lepas (7 April) di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang.

Beliau berkata, ibu tunggal berusia 44 tahun itu ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan terutama bentuk badan dan gaya beliau berjalan selepas tiba dengan penerbangan dari Teheran pada pukul 11.30 pagi.

Hasil pemeriksaan badan, polis menemui lima paket syabu seberat 1.43 kg dengan nilai pasaran RM350,000 di dalam bengkung khas yang dipakai wanita yang tidak mempunyai pekerjaan itu, katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada keesokan harinya, seorang lelaki rakyat Nigeria berusia 32 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada pukul 2.30 petang setelah polis menemui dua bungkusan mengandungi syabu seberat 2.1 kg bernilai RM500,000 di sembunyikan dalam beg pakaiannya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki itu merupakan penuntut Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Lembah Klang dalam pengajian Bahasa Inggeris.

Abdul Razak berkata, wanita terbabit ditahan reman sehingga Khamis ini manakala lelaki Nigeria itu direman sehingga Sabtu. Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

ArticlePublished 17 Jun 2014 1.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM